Menunaikan Zakat

RUKUN ISLAM KETIGA: MENUNAIKAN ZAKAT

Kitab Zadul Mutaallim (Bekalan Pelajar)
Ibnu Aqil.

suntingan jawi ke roman oleh: Mohamad Hakim bin Tastik

Zakat pada Lughah: Pembersihan.
Zakat pada Syarak: Ialah nama qadar yang tertentu daripada harta yang wajib di berikan kepada Asnaf-asnaf (orang yang tertentu) dengan beberapa syarat-syarat yang tertentu.

Zakat terbahagi kepada 2 bahagian:

1. Zakat badan yaitu Zakat Fitrah.
2. Zakat Harta.

Wajib zakat pada 5 perkara:

1. Binatang ternak
2. Biji-bijian dan buah-buahan
3. Emas dan Perak
4. harta Galian dan Tanaman Jahiliah
5. Perniagaan

ZAKAT BINATANG

Syarat wajib zakat:
1. Islam
2. Merdeka
3. Milik yang sempurna
4. Cukup Nisab (yaitu kadar yang di tetapkan)
5. Haul (yaitu genap masa setahun)
6. Binatang yang di lepas; yaitu binatang mencari makan dengan sendiri dan tiada digunakan bagi bekerja.

BINATANG YANG WAJIB PADANYA ZAKAT

1. Unta
2. Lembu dan Kerbau
3. Kambing, Kibas, Biri-biri

NISAB UNTA DAN ZAKATNYA

5 ekor unta zakatnya 1 ekor kambing (kibas); umur 1 masuk 2 tahun.
10 ekor unta zakatnya 2 ekor kambing (kibas); umur 1 masuk 2 tahun.
15 ekor unta zakatnya 3 ekor kambing (kibas); umur 1 masuk 2 tahun.
20 ekor unta zakatnya 4 ekor kambing (kibas); umur 1 masuk 2 tahun.
25 ekor unta zakatnya 1 ekor unta betina; umurnya 1 masuk 2 tahun.
36 ekor unta zakatnya 1 ekor unta betina; umur 2 masuk 3 tahun.
40 ekor unta zakatnya 1 ekor unta betina; umur 3 masuk 4 tahun.
60 ekor unta zakatnya 1 ekor unta betina; umur 4 masuk 5 tahun.
76 ekor unta zakatnya 2 ekor unta betina; umur 2 masuk 3 tahun.
91 ekor unta zakatnya 2 ekor unta betina; umurnya 3 masuk 4 tahun.
121 ekor unta zakatnya 3 ekor unta betina; umur 2 masuk 3 tahun.

NISAB LEMBU DAN ZAKATNYA

30 ekor lembu zakatnya 1 anak lembu berumur 1 masuk 2 tahun.
40 ekor lembu zakatnya 1 lembu betina berumur 2 masuk 3 tahun.
60 ekor lembu zakatnya 2 anak lembu berumur 1 masuk 2 tahun.
70 ekor lembu zakatnya 1 anak lembu betina berumur 1 masuk 2 tahun,
dan 1 lembu betina berumur 2 masuk 3 tahun.
80 ekor lembu zakatnya 2 lembu betina berumur 2 masuk 3 tahun.

(Nisab kerbau dan zakatnya mengikut seperti nisab lembu dan zakatnya).

NISAB KAMBING DAN ZAKATNYA

40 hingga 120 kambing zakatnya 1 kibas atau kambing; umur 1 tahun masuk 2 tahun.
121 hingga 300 kambing zakatnya 4 kibas atau kambing; umur 1 masuk 2 tahun.
400 hingga 499 kambing zakatnya 4 kibas atau kambing; umur 1 masuk 2 tahun.

Demikianlah ditambah seekor kibas atau kambing manakala bertambah 100 ekor.
Tidak Sah memberi zakat dengan binatang yang tua dan yang ada ghaib (kecacatan).

Advertisements
%d bloggers like this: