Sutera, Emas dan Perak

RUKUN ISLAM KELIMA: MENUNAIKAN ZAKAT (Bahagian 3)

Kitab Zadul Mutaallim (Bekalan Pelajar)
Ibnu Aqil.

suntingan jawi ke roman oleh: Mohamad Hakim bin Tastik

ZAKAT EMAS DAN PERAK

Wajib zakat pada emas dan perak yang cukup nisabnya dan cukupnya haulnya.

Nisab emas ialah: 20 misqal (bersamaan dua puluh tujuh setengah mayam) beratnya.
Nisab perak ialah: 200 dirham (bersamaan empat belas tahil) beratnya.

wajib zakat pada emas dan perak yang sampai nisabnya dan cukup haulnya 1/40.

maka pada 20 misqal emas wajib zakatnya: setengah dirham.
dan pada 200 dirham perak wajib zakatnya: lima dirham.

Tidak wajib zakat pada emas dan perak yang di jadikan perhiasan yang harus.

dan wajib zakat perhiasan emas dan perhiasan perak yang haram seperti pinggan mangkuk daripada emas atau perak, dan seperti gelang atau rantai emas bagi laki-laki.

HUKUM SUTERA DAN EMAS PERAK

1. Haram bagi laki-laki memakai pakaian yang di perbuat daripada sutera, melainkan kerana darurat seperti menahan daripada panas atau sejuk yang bersangatan.
2. Haram bagi laki-laki memakai emas seperti cincin dan sebagainya.
3. Haram (bagi laki-laki dan perempuan) menyimpan dan menggunakan perkakas yang di perbuat daripada emas dan perak seperti pinggan mangkuk dan lain-lain.
4. Harus bagi laki-laki pakaian bersamaan banyak suteranya dan yang bukan sutera dan yang kurang sutera.
5. Harus menggantikan hidung yang terpotong, atau ruas jari yang terpotong dan gigi dengan emas.
6. Perkakas daripada emas dan perak itu haram mengupah dan mengambil upah perbuatannya.