Zakat buah-buahan dan bijian

RUKUN ISLAM KELIMA: MENUNAIKAN ZAKAT (Bahagian 2)

Kitab Zadul Mutaallim (Bekalan Pelajar)
Ibnu Aqil.

suntingan jawi ke roman oleh: Mohamad Hakim bin Tastik

ZAKAT BUAH-BUAHAN DAN BIJI-BIJIAN

Wajib zakat pada buah-buahan dan biji-bijian yang mengenyangkan.
Maka tidak wajib pada buah-buahan dan biji-bijian yang di makan bukan kerana mengenyangkan seperti buah-buahan yang di makan kerana bersedap-sedap sahaja.

Buah-buahan yang wajib zakat ialah:

1. Tamar.
2. Anggur.

Dan biji-bijian yang wajib zakat ialah:

1. Gandum dan sekalian jenisnya.
2. Beras.
3. Kacang.

Syarat-syarat wajib zakat pada buah-buahan dan biji-bijian itu:

1. Islam
2. Merdeka
3. Milik yang sempurna
4. Cukup nisab

NISAB BUAH-BUAHAN DAN BIJI-BIJIAN

Adapun buah-buahan dan biji-bijian ialah 5 Usaq iaitu 300 gantang Baghdad bersamaan 200 gantang Malaya iaitu pada buah-buahan dan biji-bijian yang tidak disimpan dengan kulitnya.

Jika biji-bijian itu daripada jenis yang di simpan dengan kulitnya, maka nisabnya ialah 10 Usaq yaitu 500 gantang Baghdad bersamaan 400 gantang Malaya.

Buah-buahan dan biji-bijian yang tumbuh dan hidup dengan air hujan, wajib zakatnya 1/10 (satu per sepuluh) dan buah-buahan dan biji-bijian yang hidup dengan air yang di angkut atau di jirus, atau diangkut dengan binatang maka zakatnya 1/20 (satu per dua puluh).

Tumbuh-tumbuhan yang hidup dengan air hujan beserta air yang di angkut atau di jirus maka wajib zakatnya 3/40 (tiga per empat puluh).

*Maksud wajib 1/20 itu ialah: pada tiap-tiap 10 gantang umpamanya wajib 1 gantang.
*Maksud wajib 1/20 itu ialah: pada tiap-tiap 20 gantang umpamanya wajib 1 gantang.
*Maksud wajib 3/40 itu ialah: pada tiap-tiap 40 gantang umpamanya wajib 3 gantang.

Wajib zakat pada buah-buahan dan biji-bijian itu manakala nyata masak atau pada biji-bijian itu penuh isinya.

%d bloggers like this: