Suara pemilik

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Hidangan kecil dari blog 1khalifah ini adalah untuk menyebarkan ilmu yang terpendam dari pelbagai sumber seperti di dalam kitab-kitab, buku, jurnal lama, nota dan email yang ada dalam simpanan saya, juga hasil carian di internet agar lebih ramai umat dapat sama mengetahuinya. Ada juga kitab yang berbahasa jawi ada saya terjemahkan ke dalam bahasa melayu.

Sebahagian artikel di 1khalifah ini adalah dari blog lama saya JejariAccess yang terpaksa di tutup. Maka lebih baik saya beralih ke blog percuma wordpress ini supaya dapat saya kekal kongsi kan maklumat ilmu dan harapan saya 1khalifah akan tetap terus hidup walaupun saya nanti telah tiada lagi.

Sebarang kekurangan dan kesilapan maklumat adalah atas kesilapan diri saya sendiri. Mungkin saya kurang waspada terhadap kandungan yang di siar. Saya sedia menerima setiap teguran anda kerana saya ingin sama-sama yang baik di jadikan panduan dan yang buruk di jadikan peringatan di dalam memperbaiki diri.

Juga emailkan kepada saya sumber rujukan yang benar jika anda tahu di atas kesilapan mana-mana siaran artikel saya dan saya akan keluarkannya atau membetulkannya.

Segala bahan dan rujukan didalam blog ini apabila timbul sebarang kesangsian dan ke tidak fahaman dalam membaca isinya, sila rujuk di kalangan ahlinya atau pun guru mursyid yang di iktiraf dan mahir di masjid-masjid atau surau-surau atau di pejabat agama islam tempat anda.

Saya boleh di hubungi di email: hakim.tastik at gmail.com

juga jika anda berminat menyumbang artikel islamik di sini amatlah di alu-alukan, tetapi akan di tapis dahulu mengikut kesesuian tajuk yang anda berikan.

Saya suka juga berkongsikan sedikit Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan oleh Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi ini:

“Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama”

Semoga kita semua dapat menjadi muslim yang Shiddiqin, muslim yang ihsan, muslim yang soleh, yang berakhlak mulia dan yang berTaqwa sehingga kita dapat termasuk yang diselawatkan oleh seluruh muslim sampai akhir zaman dan mendapat redha-Nya dan Terima kasih kerana singgah di sini, Semoga bermanfaat untuk saya dan anda di dunia dan di akhirat, Insya’ allah.

Hakim

Hakim Tasdiq
Sabak Bernam.
Malaysia.

Saya mendapat ambilan didikan islam awal dari kedua ibubapa kemudiannya guru-guru di SRA Kg.Banting kemudiannya guru-guru di SAM Parit Baru kemudiannya guru-guru di majlis-majlis ilmu/ceramah/tazkirah di surau-surau masjid-masjid di mana saya dapat singgahi. Nama-nama guru/penceramah sebahagian saya dah terlupa, maafkan saya kerana alpa tidak mencatatkannya.

%d bloggers like this: