Tahsin solat

Kursus Tahsin Solat bahagian 1 -Solat.
Ustaz Mohd Zainal b Hj Khamis
Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam.

Oleh: Mohamad Hakim Bin Tastik

Alhamdulillah saya dapat mengikuti kursus tahsin solat yang di adakan selama 2 hari pada 25 – 26hb julai
2011 yang lalu. Ustaz yang trade marknya dengan songkok tinggi ini adalah Ustaz yang merupakan Imam Masjid Jamek Batu 12 Puchong Selangor.

Sepanjang hari pertama kursus berlangsung ini ustaz mendedahkan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan tanpa di sedari dan mengajar cara solat berdasarkan kitab feqah mengikut Mazhab Shafi’e dan menunjukkan cara melakukan solat yang rukun sahaja untuk kefahaman dan perbandingan. Juga kami dapat belajar hukum islam, bab thoharah (bersuci), cara berwuduk dan cara berjemaah masbuq.

Dalam perkara solat hendaklah faham, tahu dan memastikan mana yang rukun, sunat ab’adh ataupun sunat hai’at supaya kita tidak mudah was-was, dan sewenangnya mengatakan solat orang lain salah.

Mudahan dengan sedikit ilmu yang dikongsikan ini dapat memperbaiki cara kita solat menghadap allah swt sebagaimana di syarakkan, insyaallah.

RUKUN SOLAT

1. Niat
2. Berdiri bagi yang kuasa
3. Takbiratul ikram
4. Membaca fatihah
5. Rukuk
6. Iktidal selepas rukuk
7. sujud (2 kali tiap rakaat)
8. Duduk antara dua sujud
9. Duduk tahiyyat akhir
10. membaca tahiyyat akhir
11. Selawat ke atas Nabi Muhammad saw

Antara Tips solat sempat dicatat:

-Semasa bersolat jagalah rukun ini dan cubalah lakukan dengan sebaik-baiknya untuk kita mendapatkan kesempurnaan dalam solat, sah solatnya dengan hanya melakukan rukun ini sahaja.

-Berdiri bagi yang berkuasa hendaklah berdiri dengan memastikan benar badan dan kepala lurus dan tegak, mata memandang tempat sujud. Tidak digoyangkan badan atau kepala kerana dikhuatiri kita akan berdiri menjadi tidak betul lurus. bagi lelaki kaki dibuka sekira-kira sejengkal, bagi perempuan kaki dirapatkan.

-Jika uzur hendaklah takbir dahulu kemudian baru duduk.

-Takbiratul ihram tangan diangkat setentang telinga, dengan jari jemari terbuka sedikit dan menghadap kiblat. semasa takbir jangan badan atau kepala di bongkokkan ke depan.

-sebutan takbir ‘allaaahu akhbar’ tidak lebih 6 harkat, dan mestilah di dengar dan disertai niat solat.

-membaca fatihah, di dengar bacaannya, dimulai dengan membaca al-isti’azah (a’uzubillahiminassyaithonirrajim), kemudian membaca bismillah kuat sedikit dari al-isti’azah sebelum membaca surah fatihah.

-jari jemari ketika rukuk hendaklah direnggangkan dan letak di atas lutut.

-masa tomo’ninah sekadar lama membaca subhanallah, contoh: tidak rukuk terlalu lama lebih dari kadar membaca fatihah.

-turun untuk sujud letak lutut dahulu, kemudian tangan, kemudian dahi. ketika sujud pastikan berlaku sentuhan 7 anggota sujud.

-ketika sujud hendaklah dahi di tekankan di lantai, kedudukan jari di letakkan setentang dengan telinga, jari jemari dirapatkan, siku terbuka bagi lelaki, dan ibu jari kaki menyentuh lantai dan di lentikkan menghadap kiblat.

-dari sujud sebelum berdiri duduk sebentar baru bangun.

-tahiyyat awal jari di renggangkan di atas peha, hujung jari tidak melebihi lutut.

-tahiyyat akhir: dari kitab Matlaal badrin: cara 1.jari digenggam dan jari telunjuk dijulurkan kebawah dan diangkat lurus kehadapan semasa menyebut permulaan syahadah.
cara 2. jari digenggam dan jari telunjuk dijulurkan kebawah dan diangkat lurus kehadapan semasa menyebut permulaan syahadah ‘Asyhaduallaa ilaa ha illallah’, pada permulaan syahadah ‘Asyhaduannamuhammadarrasulullah’ ibu jari diangkat rapat disisi jari telunjuk.

-jika ruang mengizinkan duduk tahiyyat akhir yang sebaiknya dengan cara punggung menyentuh lantai dengan kaki kiri disilangkan di bawah kaki kanan, dan tapak kaki kanan di dirikan, jari kaki lentik menghadap kiblat.

SIFAT SOLAT RASULULLAH
Disampaikan oleh: Sheikh Habib Zainal Abidin Darul Murtaza
Kredit: TV3 Program Muhammadku Episod 4&5

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: