Arkib

Malaikat

RUKUN IMAN: PERCAYAKAN MALAIKAT

Kitab Risalah Tauhid
Pindaan Abdul Ghani Yahya dan Omar Yusuf
6 November 1952

Suntingan jawi ke roman oleh: Mohamad Hakim Bin Tastik

Sesungguhnya hendaklah kamu percaya dan beriktiqad adalah malaikat itu satu daripada makhluk Allah swt. Dijadikan daripada cahaya. Mereka itu tiada makan , tiada minum, bukan laki-laki dan bukan perempuan, tiada ibu dan tiada bapa, mereka itulah hamba-hamba Allah yang mulia tiada sekali-kali menderhaka kepada tuhan. Bahkan ia sentiasa mengerjakan apa-apa yang diperintahkan kepadanya. Bagaimana firman tuhan di dalam A-quran surah At-Tahrim ayat 6 artinya Malaikat itu tidak menderhakai Allah Taala pada apa-apa yang diperintahkan keatas mereka itu.

Setengah-setengah malaikat itu ada yang rukuk sahaja, ada yang sujud sahaja, ada yang bertasbih sahaja dan ada yang membuat berbagai-bagai kerja yang ditentukan tuhan keatasnya. Maka bilangan mereka itu tidak dapat diketahui hanya wajib kita beriktiqad ada bagi tuhan beberapa banyak malaikat yang tiada dapat diketahui bilangannya tetapi wajib atas tiap-tiap mukalaf mengetahui dengan jalan Tafsil sebanyak 10 malaikat:

1. JIBRAIL – kerjanya membawa wahyu daripada tuhan kepada rasul dan menurunkan musibah keatas mereka yang membuat maksiat.
2. MIKAIL – kerjanya menurunkan rezqi kedunia dengan perintah tuhan.
3. ISRAFIL – kerjanya meniup sangkakala dengan 2 kali tiup, (sekali kerana mematikan tiap-tiap yang bernyawa dan sekali lagi kerana menghidupkan semula).
4. IZRAIL -kerjanya mengambil nyawa.
5. MALIK – kerjanya menunggu pintu neraka.
6. RIDHUWAN – kerjanya menunggu pintu syurga.
7. RAQIB – kerjanya menulis kebajikan.
8. ATID – kerjanya menulis kejahatan.
9. MUNKAR – kerjanya menyoal mereka yang mati.
10. NAKIR – kerjanya menyoal mereka yang mati.

MANUSIA BOLEH NAMPAK MALAIKAT

Kiranya keadaan malaikat itu berupa seperti asalnya nescaya manusia tidak boleh nampak melainkan anbia’ jua kerana jisim malaikat terlalu halus, sama juga seperti manusia tidak boleh nampak angin pada hal angin itu ada penuh di dalam dunia, ialah kerana keadaan halusnya.

Tetapi jika malaikat itu telah berupa dengan rupa jisim yang kasar seperti berupa manusia, maka pada ketika itu dapatlah manusia melihat akan dia.

Adapun nabi-nabi dan rasul-rasul dapat melihat malaikat atas rupanya yang asal kerana nabi-nabi dan rasul-rasul ada satu kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah Taala kepada mereka itu supaya dapat mempelajari pelajaran agama dan hukum-hukum syarak daripadanya.

CARA-CARA MENGENAL MALAIKAT YANG BERUPA MANUSIA

Maka sebahagian daripada mereka-mereka yang melihat malaikat yang bukan rupa asalnya bahkan atas rupa manusia ialah sahabat rasul Allah ketika malaikat turun kepada nabi Muhammad saw dan bercakap-cakap dengan nabi sebagaimana nabi bercakap dengan sahabat-sahabatnya ia merupakan dirinya seperti seorang sahabat nabi yang bernama (Dihyatul Kalbi) dan ada kala ia berupa seorang yang segak dengan pakaian putih lagi bersih.

Maka pada mula-mulanya seorang pun tidak mengetahui ia malaikat hanya disangkakan ia itu seorang daripada sahabat rasul Allah atau seorang yang baharu datang kepada rasul Allah jua tetapi kemudian daripada ia telah meninggalkan nabi maka rasul allah pun mengkhabarkan dan menerangkan yang datang itu malaikat Jibrail.

SEBELAS JENIS MANUSIA DI DOA MALAIKAT

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Peringatan diri: Solat itu wajib, jangan biarkan diri di mamah usia dengan kekosongan rohani. Isikan dengan zat-zat yang berguna. Sebaik-baik rumah adalah Syurga. Sewanya dibayar dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Seburuk-buruk tempat adalah neraka. Hindarkanlah dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Kubur yang luas kerana solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Kubur yang sempit kerana tidak solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Lakukan sebaik mungkin yang wajib, insyaallah yang sunat pun akan berkat. Amin.

ANTARA ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT IALAH:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

**Tambahan: Juga beristighfarlah 25 kali setiap hari untuk seluruh muslimin dan muslimat.

9 . Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ “

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.
Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah.

Baca lagi artikel:
10 sebab solat tidak diterima Allah

Berapa kali malaikat maut ziarah kita?

Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a.,
bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, ” Bahawa malaikat maut
memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.”
ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang
sedang bergelak ketawa.

Maka berkata Izrail: ” Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan
aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih
berseronok-seronok bergelak ketawa”

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat
maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini
tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran m! alaikat maut, kerana
mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai
perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya
dengan malaikat maut.

1 hari=24 jam=1440 minit
1440 minit/70 kali malaikat menjenguk kita

=20.571 minit

INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT

WALLAHUALLAM.

KEJADIAN LANGIT DAN BUMI

Kitab Mukasyafatul Qulub (Dibalik ketajaman mata hati).
Imam Ghazali.

Diriwayatkan, sesungguhnya yang pertama kali diciptakan Allah adalah mutiara. Lalu Allah memandangnya dengan pandangan penuh keagungan dan hancurlah mutiara itu. Dia bergoncang kerana takut kepada Tuhannya dan jadilah dia air.

Kemudian Allah memandangnya dengan pandangan rahmat dan membekulah separuh mutiara yang telah berubah menjadi air itu. Allah menciptakan darinya Arasy dan Arasy itu pun bergoncang. Maka Allah menuliskan padanya ‘LAA ILAA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.’ Dan diamlah Arasy itu.

Allah tetap membiarkan bagian yang berupa air pada keadaannya dan berguncang sampai hari kiamat. Itulah firman Allah swt: ‘ Dan singgahsana-Nya (sebelum itu) di atas air’ -Surah Hud ayat 7.

Kemudian air itu saling bertepuk dan berombak serta mengepulkan banyak asap, yang membubung saling tindih satu dengan yang lain. Air itu berbuih dan dari buih itu Allah swt menciptakan beberapa langit dan bumi dalam bentuk sebuah lipatan.

Jadi langit dan bumi merupakan hal yang padu dan Allah menciptakan di dalamnya angin, maka dia memisahkan antara lipatan-lipatan langit dan lipatan-lipatan bumi. Sebagaimana Allah swt telah mengabarkan dengan firman-Nya: ‘Kemudian Dia menuju kepada (penciptaan) langit dan langit masih merupakan asap.’ -Surah Fussilat ayat 11.

(faedah) Di antara langit dunia dan bumi, demikian pula antara sebuah langit dan langit yang lain terdapat jarak 500 tahun perjalanan. Demikian pula tebal setiap langit. Dikatakan, sesungguhnya langit dunia ini lebih putih warnanya daripada susu. Kalau dia tampak hijau (biru), itu karena pantulan kahijauan gunung Qaaf.

Nama langit dunia itu adalah Raqi’ah. Langit kedua terdiri dari besi yang cemerlang memancarkan sinar dan namanya Faidun atau Ma’un. Langit ke tiga terdiri dari tembaga, yang disebut dengan Malakut atau Harayun. Langit keempat terdiri dari perak yang putih. Hampir-hampir sinarnya dapat menghilangkan pandangan mata, namanya adalah Zahirah. Di langit kelima dari emas merah, yang disebut Muyazanah atau Musahharah. Langit keenam dari mutiara yang gilang gemilang sinarnya, namanya Kalishah.

Dan di dalam langit ketujuh inilah terdapatnya Baitul-Ma’mur yang memiliki empat tiang, sebuah dari yaqut merah, sebuah dari zabar jad, sebuah dari perak putih, dan sebuah lagi dari emas merah.

Sampai kepada kita sebuah riwayat bahwa, Sesungguhnya Baitul Ma’mur itu terdiri dari batu akiq dan setiap harinya 70 malaikat masuk kesana dan tidak kembali sampai hari kiamat.

Menurut pendapat yang dapat dipercaya (mu’tamad),
Sesungguhnya bumi itu lebih utama daripada langit. Kerana para Nabi diciptakan dari sana dan dikebumikan di dalamnya, dan yang paling utama dari tingkatan-tingkatan bumi itu adalah yang paling atas karena alasan itu, juga karena ia tempat mangambil manfaat orang di dunia.

(Dari Ibnu Abbas), Langit paling utama adalah yang atapnya dekat Arasy Tuhan Yang Maha Pengasih, yaitu Kursi karena ia dekat dengan Arasy dan Karena semua bintang yang di ambil manfaatnya ada di sana, kecuali tujuh yang selalu beredar.

Adapun 7 bintang tersebut ada di dalam 7 langit itu. Zuhal ada di langit ketujuh untuk hari Sabtu. Musytari ada di langit kelima untuk hari Selasa. Matahari dalam langit keempat untuk hari Ahad. Zuhrah ada di langit ketiga untuk hari jumaat. Utarid ada di langit kedua untuk hari Rabu. Dan terakhir bulan ada di langit pertama untuk hari Isnin.

PEMIKUL ARASY

Kitab Mukasyafatul Qulub (Dibalik ketajaman mata hati).
Imam Ghazali.

Allah swt berfirman: ‘Kursi-Nya meliputi langit dan bumi’ -AlBaqarah ayat 255.

Diterangkan kursi-Nya adalah kiasan dari Ilmu-Nya, sebuah pendapat mengatakan sebagai kiasan dari kerajaan-Nya, dan sebuah pendapat lagi mengatakan sebagai kiasan dari falak yang dikenal itu.

Diriwayatkan dari Ali karamallahu wajhah, sesungguhnya Kursi adalah berupa mutiara lulu’ yang panjangnya tidak ada yang mengetahui kecuali Allah swt.

Disebutkan dalam hadith: ‘Tiada semua langit dan bumi yang tujuh dengan kursi kecuali seperti sebuah bundaran dalam padang luas.’

Ibnu Majah meriwayatkan: ‘Sesungguhnya semua langit ada di pertengahan Kursi, sedang Kursi di muka Arasy.’

(Dari Ikrimah) Dia berkata: ‘Matahari adalah sebagian dari 70 bagian cahaya Kursi, sedang Aras adalah sebagian dari 70 bagian dari cahaya satir-satir, yakni hijab-hijab (penghalang).’

Ibnu Abbas berkata: ‘Setelah Allah swt menciptakan malaikat-malaikat pemikul Arasy, berfirmanlah Dia kepada mereka, ‘Pikullah arasy-Ku’. Tetapi mereka tidak kuat, lalu Allah menciptakan bersama setiap orang dari mereka sebanyak malaikat-malaikat di langit yang tujuh. Berfirman Allah,’Pikullah Arasy-Ku,’ Tetapi masih saja mereka tidak kuat memikulnya.

Maka Allah menciptakan lagi bersama setiap mereka sebanyak malaikat di langit dan sebanyak makhluk di bumi dan berfirman, ‘Angkatlah Arasy-Ku’. Merekapun tidak kuat untuk mengangkatnya. Allah berfirman, ‘Bacalah LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAH’.

Setelah mereka membaca itu dapatlah mereka memikulnya, tetapi terbenamlah kaki-kaki mereka ke dalam bumi yang tujuh pada dasar angin. setelah kaki mereka tidak berpijak pada sesuatu bergantunglah mereka pada Arasy dan tidak henti-hentinya mereka membaca Laa hawla walaa quwwata illaa billah, khawatir seorang dari mereka bergeser dan tidak tahu ke mana dia akan jatuh.

Jadilah mereka pemikul-pemikul Arasy dan Arasy pun memikul mereka serta semuanya dipikul dengan kekuasaan Allah.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 146 other followers