Doa Selepas Solat Tahajjud

DOA SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Maksud: Ya Allah, untuk-Mu segala puji-pujian, Engkaulah pencipta langit dan bumi dan apa-apa yang ada di dalamnya. Untuk-Mu segala puji-pujian, Engkaulah empunya langit dan bumi serta sekalian isinya. Untuk-Mu segala pujian, Engdaulah penyinar langit dan bumi dan mereka yang di dalamnya. Untuk-Mu segala pijian, Engkaulah yang benar, janji-Mu segala benar, berjumpa dengan-Mu kelak adalah benar, kata-kata-Mu adalah benar dan Muhammad saw itu benar dan hari kiamat itu benar.

Ya Allah, Kepada-Mu aku berserah, dan terhadap-Mu aku beriman, dan kepada-Mu aku bertawakkal dan kepada-Mu aku akan kembali dan dengan-Mu aku berpegang teguh dan berdasarkan hukum-Mu aku bertindak. Kerana itu, Ampunilah segala dosaku yang lalu dan yang akan datang, begitu juga yang kusembunyikan mahupun yang kulakukan secara terang-terangan. Engkau Tuhan yang awal dan Engkau tuhan yang akhir (kekal), Tiada Tuhan Yang Disembah melainkan Engkau dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kehendak Allah.

Baca lagi artikel:
Kaifiat solat sunat tahajjud, hajat dan witir
Terjemahan zikir munajat
Video Alunan zikir munajat
Doa Taawuz Jibril
Amalan Taqarrub (menghampirkan diri) kepada Allah swt

Satu komen

  1. […] Doa Selepas Solat Tahajjud. […]

Tinggalkan komen