Zakat Galian, Tanaman Jahiliah dan perniagaan

RUKUN ISLAM KELIMA: MENUNAIKAN ZAKAT (Bahagian 4)

Kitab Zadul Mutaallim (Bekalan Pelajar)
Ibnu Aqil.

suntingan jawi ke roman oleh: Mohamad Hakim bin Tastik

ZAKAT GALIAN DAN TANAMAN JAHILIAH

Wajib 1/40 (satu per empat puluh) zakat pada harta galian -emas dan perak-yang dikeluarkan pada bumi, jika di dapati dengan usaha atau dengan kepayahan, manakala cukup nisabnya.

Adapun jika di dapati dengan kemudahan atau dengan sedikit perbelanjaan maka wajiblah zakat 1/5 (satu per lima) daripadanya.

begitu juga wajib zakat 1/5 pada harta Rikaz iaitu harta tanamnya jahiliah atau harta simpanan orang dahulu kala yang bukan milik islam.

Wajib zakat pada harta galian dan harta Rikaz dengan serta merta-tidak menunggu sempurna haul-jika di dapati pada harta Rikaz itu tanda-tanda menunjukkan milik orang islam maka hukumnya seperti hukuman barang yang tercicir di jalan.

ZAKAT HARTA PERNIAGAAN

Syarat-syarat wajib zakat pada harta perniagaan:
1. islam
2. merdeka
3. milik yang sempurna
4. cukup nisab
5. haul

Nisab harta perniagaan ialah: 25 ringgit malaya.

Dinilaikan sekalian harta perniagaan manakala genap setahun, maka wajib zakat 1/40 ( satu per empat puluh) pada tiap-tiap 25 ringgit iaitu 62 1/2 sen. begitulah di hisabkan pada yang lebih daripada itu..

Wajib mengeluarkan zakat dengan segera, manakala sahaja dapat di tunaikan dengan adanya harta dan asnaf-asnaf yang mustahak menerimanya.

Wajib berniat pada memberi zakat umpamanya berniat:
‘inilah fardhu zakat hartaku’.

Wajib berniat oleh wali pada mengeluarkan zakat kanak-kanak dan orang gila.