Pembahagian zakat Fitrah

RUKUN ISLAM KELIMA: MENUNAIKAN ZAKAT (Bahagian 5)

Kitab Zadul Mutaallim (Bekalan Pelajar)
Ibnu Aqil.

suntingan jawi ke roman oleh: Mohamad Hakim bin Tastik

MUSTAHAK-MUSTAHAK ZAKAT

Di berikan zakat itu kepada delapan bagi manusia:

1. FAQIR
iaitu seseorang yang kurang pendapatannya daripada perbelanjaannya yang mustahak dan layak dengannya.

2. MISKIN
iaitu seseorang yang pendapatannya tidak mencukupi perbelanjaannya yang mustahak dan layak.

3. AMIL
iaitu seseorang yang di lantik oleh pemerintah islam bagi mengumpul sekalian zakat.

4. MUALLAF
iaitu orang yang meninggalkan ugama lain memasuki ugama islam.

5. HAMBA
iaitu hamba yang hendak memerdekakan dirinya.

6. ORANG YANG BERHUTANG
iaitu bagi menjelaskannya hutangnya.

7. FI SABILILLAH
iaitu berperang dengan kafir kerana meninggalkan ugama islam, atau sekalian jalan-jalan kebajikan.

8. IBNISSABIL
iaitu orang yang sedang di dalam perjalanan.

ZAKAT FITRAH

Syarat wajib zakat fitrah:

1. islam
2. Mempunyai perbelanjaan atau pakaian yang lebih daripada perbelanjaan dan makanan yang layak bagi dirinya dan tanggungannya, pada hari raya dan malamnya.
3. mendapat satu Jazawu’ daripada bulan puasa dan satu Jazawu’ daripada bulan syawal.

Wajib fitrah segantang baghdad makanan yang mengenyangkan, yang ghalib ( yang biasa) pada negeri itu, bagi dirinya dan tanggungannya yang wajib nafqah diatasnya.

Seseorang yang tidak upaya mengeluarkan fitrah bagi semua tanggungannya, maka hendaklah ia mengeluarkan fitrah mengikut tertib yang tersebut ini:

1. Fitrah dirinya
2. Fitrah isterinya
3. Fitrah anaknya yang kecil
4. Fitrah bapanya
5. Fitrah ibunya
6. Fitrah anak yang besar
kemudian fitrah tanggungannya yang lain.

Harus memberi fitrah daripada awal bulan ramadhan.

Orang yang tidak berupaya memberi fitrah segantang, wajiblah ia memberikan qadar yang ia upaya.

Wajib mengeluarkan fitrah dengan makanan yang ghalib (biasa) pada negeri tempat ia berfitrah.

Jika makanan yang ghalib pada negeri itu berbagai jenis, maka Afdhal mengeluarkan fitrah dengan makanan yang lebih mutunya.

Wajib berfitrah dengan benda yang baik (tidak rosak), dan jika makanan dirinya yang biasa benda yang rusak sekalipun.

Wajib fitrah di atas kafir bagi tanggungannya yang islam dan hambanya yang islam.

Tidak wajib fitrah isterinya dan hamba dan tangunggannya yang kafir sekalian mereka itu.

Tidak wajib di atas Hamba fitrah dirinya dan tanggungannya.

Sunat jangan di Ta’khirkan fitrah dirinya hingga lepas daripada solat hari raya.

Haram di ta’khirkan fitrah hingga habis hari raya.

baca pula:
Bantuan LZF kepada asnaf

%d bloggers like this: