Perkara Sunat dan Wajib Haji

RUKUN ISLAM KELIMA: MENUNAIKAN HAJI (Bahagian 2)

Kitab Zadul Mutaallim (Bekalan Pelajar)
Ibnu Aqil.

suntingan jawi ke roman oleh: Mohamad Hakim bin Tastik

WAJIB HAJI

Adapun wajib haji itu:
1. Ihram daripada miqat (berbetulan miqat Zamani dan Makani).
2. Wukuf di Mudzalifah (berhenti atau lalu padanya lepas waktu tengah malam hari kesembilan selepas berangkat daripada Arafah).
3. Bermalam di Mina pada sekalian hari Tasyrik.
4. Melontar jamrah yang tiga.
5. Tawaf Widak.

SUNAT-SUNAT HAJI

Adapun sunat-sunat haji:
1. Mengerjakan haji Ifrad yaitu mendahulukan Haji dan umrah.
2. Talbiah.
3. Tawaf Qudum.
4. Dua rakaat tawaf serta selesai tawaf dilakukan dibelakang maqam ibrahim.

MIQAT ZAMANI DAN MIQAT MAKANI

Bagi mengerjakan haji dan umrah itu ada masa yangtertentu dan tempat yang tertentu dikatakan Miqat Zamani dan Miqat Makani.

MIQAT ZAMANI
Artinya masa bagi mengerjakan haji atau umrah-yaitu masa ihram baginya.

MIQAT MAKANI
Artinya tempat bagi mengerjakan haji atau umrah-yaitu tempat ihram baginya.

Maka Miqat Zamani bagi haji itu mulai daripada hari pertama daripada bulan syawal sehingga sebelum dahulu sedikit fajar hari yang kesepuluh daripada bulan Zulhijjah.

Tidak sah Ihram bagi haji sebelum daripada masa tersebut itu dan kemudian daripadanya.

Adapun Miqat Zamani bagi umrah itu di sepanjang-panjang tahun.

Miqat Makani bagi haji atau umrah itu berlainan mengikut berlainan tempat duduk atau tempat datang orang yang hendak mengerjakan haji atau umrah itu.

TEMPAT IHRAM BAGI HAJI

1. Bagi orang yang duduk di Mekah maka tempat ihram bagi haji ialah Mekah, dan bagi umrah ialah keluar daripada tanah haram mekah, yaitu yang afdholnya Jamranah, kemudian Tanhim kemudian Hudaibiah.
2. Bagi orang yang datang dari sebelah timur seperti Malaysia maka tempat ihramnya di Jeddah.
3. Bagi orang yang datang dari Madinah ialah di Birr Ali.
5. Bagi orang yang datang dari pihak daratan negeri Yaman ialah Quran Manazil.
6. Bagi orang yang datang dari pihak Iraq ialah di Zat Iraq.

WAJIB HAJI YANG PERTAMA: IHRAM DARIPADA MIQAT

Afdhol ihram daripada awal Miqat-yaitu pihak yang telah jauh.
Jika mengikuti seseorang itu jalan yang tidak melalui padanya akan Makan(tempat) mana-mana miqat, maka hendaklah ihram pada tempat membetuli mana-mana miqat.
Jika tidak membetuli mana-mana miqat maka hendaklah ihram ia pada tempat yang dua marhalah jauhnya dari Mekah.
Orang yang tempat kediamannya diantara mekah dan miqat, maka miqatnya ialah tempat kediamannya.
WAJIb DAM kerana meninggalkan ihram daripada miqat.

WAJIB HAJI YANG KEDUA: BERMALAM DI MUDZALIFAH

Wajib bermalam di Mudzalifah kemudian daripada bertolak dari Umrah.
Memadai bermalam di Mudzalifah itu qadar satu Lahthoh dan memadai lalu padanya dan jika tidak berhenti sekalipun.
Waktu bermalam itu ialah selepas pertengahan malam.
Setelah mengambil anak-anak batu di Mudzalifah bagi melontar di Mina.

WAJIB HAJI YANG KETIGA: BERMALAM DI MINA

Wajib bermalam di Mina pada sekalian malam Tasyrik-yaitu malam sebelas, dua belas dan tiga belas Zulhijjah.
Harus berangkat ke Mekah pada dua belas haribulan, iaitu dikatakan Nafar Awal-Maka tidaklah wajib bermalam di Mina pada malam tiga belas itu, bahkan memadai bermalam dua malam sahaja.
Berangkat kemekah pada hari tiga belas setelah bermalam di Mina selama tiga malam di katakan Nafar Syani.

WAJIB HAJI YANG KEEMPAT: MELONTAR JAMRAH YANG TIGA

Melontar jamrah itu terbahagi dua:
1. Melontar Jamratul Aqabah sahaja: iaitu pada hari kesepuluh tatkala sampai daripada Mudzalifah.
2. Melontar semua jamrah yang tiga: iaitu Jamratul Qubra, Jamratul Wustho dan Jamratul Aqabah.

Melontar jamrah-jamrah yang tiga ini hendaklah dilakukan pada tiap-tiap hari tasyrik dimulakan pada Jamratul Qubra, kemudian Jamratul Wustho, kemudian Jamratul Aqabah.

waktu melontar ialah selepas gelincir matahari hingga masuk matahari.
Melontar jamrah-jamrah tersebut itu ialah dengan tujuh anak batu pada tiap-tiap satu jamrah.
Orang yang bermalam di Mina dua malam sahaja maka tidaklah wajib melontar jamrah-jamrah itu pada hari tasyrik yang ketiga.

WAJIB HAJI YANG KELIMA: TAWAf WIDAK

Wajib tawaf widak atas orang yang hendak keluar daripada Mekah setelah selesai amalan haji.
Tiada harus tinggal di Mekah selepas Tawaf Widak.
Maka jika tinggal ia wajib di ulangi sekali.
Perempuan yang haid tidak wajib mengerjakan Tawaf Widak.
Sunat solat dua rakaat sunat tawaf widak kemudian daripada tawaf widak.
dan sunat berdoa pada tempat yang bernama Multazam, dan sunat minum air zam-zam.
Sunat ziarah Kubur Rasulullah s.a.w setelah selesai mengerjakan haji atau dahulu daripadanya.

SYARAT-SYARAT TAWAF

1. suci daripada hadas kecil dan besar.
2. suci daripada najis pada badan dan pakaian.
3. menutup aurat.
4. memula daripada hajarul aswad.
5. membetuli lambung yang kiri dengan baitullah sambil berjalan arah kehadapan.
6. hendaklah perjalanannya di dalam tawaf itu di qasadkan kerana tawaf semata-mata.
7. hendaklah di lakukan di dalam masjid diluar daripada kaabah dan diluar Syazarwan dan di luar daripada hajarul ismail.
8. hendaklah dilakukan tujuh kali dengan yaqin.

SYARAT-SYARAT SAI’E

1. Dimulai daripada Safa dan di sudahi di Marwah.
2. Tujuh kali ulang alik di antara Safa dan Marwah.
3. Di lakukan Sai’e itu kemudian daripada Tawaf.
4. Hendaklah dimulai dan sampai kepada tempat-tempat yang di tentukan.
5. hendaklah di lakukan sai’e itu dengan qasad sai’e semata-mata.

SUNAT-SUNAT TAWAF

1. Tawaf dengan berjalan kaki jikalau perempuan sekalipun.
2. Memendek akan langkah dan awali tidak berkasut.
3. Istilam akan Hajarul Aswad pada permulaan tawaf kemudian daripada berhadap kepadanya serta berkata ‘Allahu Akbar’.
4. Sunat Istilam dengan tangan kanan.
5. Sunat mengucup akan hajarul aswad dan meletakkan dahinya keatasnya.
6. Sunat Istilam rukun Yamani.

Harus tawaf dengan menunggang binatang kerana uzur seperti sakit.
Istilam: ialah menyentuh hajarul aswad dengan tangannya.
jika tidak upaya istilam hendaklah isyarat dengan tangannya.
Di sunatkan istilam dan kucup hajarul aswad itu pada tiap-tiap kali tawaf.
sunat berlari-lari anak bagi lelaki pada pusingan yang pertama, kedua, ketiga pada tawaf yang di iringi sai’e.
Sunat tawaf berhampiran dengan kaabah.
sunat solat dua rakaat kemudian daripada tawaf di belakang Makam Ibrahim.
Sunat keluar dari Babus Safa kerana Sai’e.

Barangsiapa meninggalkan salah satu daripada wajib-wajib Haji, WAJIB atasnya Dam.
Barangsiapa meninggalkan salah satu daripada rukun-rukun Haji, TIDAK SAH hajinya.