Prosedur memeluk islam di Sabah Malaysia

CARA MEMELUK ISLAM DI NEGERI SABAH MALAYSIA

Siapakah yang dinyatakan sebagai ‘Orang Islam’

Seorang yang menganut islam
Seorang yang salah seorang atau kedua-dua ibubapanya pada masa kelahiran orang itu adalah Islam
Seorang yang dibesarkan atas asas bahawa dia orang Islam.
Seorang yang telah memeluk agama Islam mengikut seksyen 69 Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah 2004.

Tafsiran Muallaf
Seseorang yang baru memeluk agama Islam di bawah seksyen Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004

PROSEDUR PENGISLAMAN (MEMELUK ISLAM)

PERKARA (1) SYARAT:

Hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
Mereka yang berumur dibawah tahap yang disyaratkan (18 tahun) dan ingin memeluk agama Islam hendaklah terlebih dahulu mendapat keizinan/ kebenaran daripada ibubapa atau penjaganya.
Mengemukakan salinan Sijil kelahiran yang disahkan (bagi yang dibawah umur sahaja).

PERKARA (2) PERSEDIAAN:

Sebelum disyahdahkan ( diislamkan ) hendaklah memastikan perkara berikut:

Mengisi dan melengkapkan 2 keping borang yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.
Menyediakan 3 keping gambar terbaru ukuran lesen memandu atau paspot dalam bentuk berwarna / hitam putih (bersongkok bagi lelaki dan bertudung bagi perempuan).
Menyediakan / membuat surat akuan bersumpah yang sah yang ditandatangani dan dicop rasmi oleh Yang diPertua Mahkamah Sesyen / Pesuruhjaya Sumpah.
Menyertakan / menyediakan salinan asal Kad Pengenalan atau Paspot yang belum tamat tempohnya yang diperakui dari salinan asal.

Contoh Sijil Pengesahan Islam.
Contoh Kad Islam.

Kehendak-kehendak bagi pemelukan Agama Islam:

Seksyen 69 (1) menetapkan kehendak-kehendak yang berikut hendaklah dipatuhi bagi pemelukan sah agama Islam oleh seseorang : –

(1)(a) Orang itu mestilah mengucapkan Dua Kalimah Syahadah dalam bahasa Arab secara yang semunasabahnya jelas ;

(1)(b) Pada masa dia mengucapkan Dua Kalimah Syahadah itu, orang itu mestilah sedar bahawa kalimah itu bermakna

Sumber: JHEAINS

Satu komen

  1. Setelah saya masuk Islam, adakah saya perlu:
    1. Menukar nama
    2. Menggunakan nama Abdullah
    3. Berkhatan
    4. Menukar IC, passport, lesen, bankcards, credit cards, dll.
    Terima kasih.

Tinggalkan komen