10 Ketaatan batin

SEPULOH PERKARA KETAATAN BATIN

1. TAUBAT
Hendaklah bertaubat dari semua kemaksiatan zahir dan batin.

2. KHAUF
Merasa takut kepada Allah.

3. ZUHUD
Diri bencikan dunia dan tidak suka harta kecuali sekadar diperlukan.

4. SABAR
Sabar terhadap bala dan kesusahan yang menimpa diri yang merupakan ujian dari Allah.

5. SYUKUR
Hendaklah sentiasa bersyukur terhadap semua nikmat Allah yang dikurniakan-Nya.

6. IKHLAS
Melakukan ibadah semata-mata kepada Allah dan bukan sebaliknya

7. TAWAKKAL ‘ALALLAH
Berpegang teguh kepada Allah dan berserah segala perbuatan dan urusan kepada Allah setelah berusaha.

8. MAHABBATULLAHI TA’ALA
Mencintai Allah, seterusnya memasti kecintaan terhadap malaikat-Nya.

9. REDHA
Menerima terhadap segala ketentuan qada’ dan qadar iaitu meredhai segala perbuatan Allah.

10. ZIKRUL MAUT
Sentiasa ingat mati pada setiap waktu dan sepanjang masa.

Berkata maulana Saiyid Abdul Qadir Al-‘Aidarus Qadda Sallahu Sirruhu:
“Amalan hati sebesar biji sawi lebih baik daripada amalan anggota yang zahir sebesar gunung”

%d bloggers like this: