Info Talak dan Edah isteri

TALAK DAN EDAH ISTERI

upload by 740108yard’s

TALAK DALAM ISLAM

Adapun secara umumnya maksud Talak itu cerai atau pisah, iaitu memutuskan ikatan perkahwinan dengan lafaz yang tertentu.

Talak pada syarak mengikut Fuqaha’ Shafi’e yakni Melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talaq atau sebagainya. Mengikut Fuqaha Hanafi yakni memutuskan ikatan perkahwinan dengan serta merta dengan Talak Ba’in atau dalam satu tempoh masa dengan Talak raj’ie dengan lafaz yang tertentu. Mengikut Fuqaha Maliki yakni merungkaikan ikatan yang sah kerana perkahwinan.

Dengan lafaz talak sama ada menyebutkan atau tidak nama isterinya itu maka putuslah hubungan suami isteri antara keduanya dan haramlah mencampuri. Sahnya talak dengan sedar maksud kemahuan dan suka hatinya si suami tatkala melafazkannya.

Contoh lafaz talak ‘aku ceraikan kamu dengan talak satu’

Jatuh talak jika dilafazkan oleh orang yang mabuk kepada isterinya. Akan tetapi tidak sah talak daripada orang yang gila, kanak-kanak, dipaksa atau daripada orang yang tidur yakni mengigau.

Haramlah perempuan itu bagi lelaki yang mentalaknya tiga secara berturut atau sekaligus untuk selama-lamanya melainkan menikahinya semula setelah perempuan itu menikah dengan lelaki yang lain dulu dan dicerai oleh lelaki tersebut dan habis idahnya.

Jenis talak mengikut sunnah terbahagi kepada dua; Talak Sunni ,Yakni talak yang dijatuhkan pada isteri yang telah dicampuri tetapi masih belum mengandung juga bukan kanak-kanak dan orang tua yang sudah putus haid.Talak dijatuhkan semasa isterinya dalam keadaan suci dan belum dicampuri diwaktu haid sebelumnya.

Talak Bid’ie yakni talak yang dijatuhkan pada isteri yang telah dicampuri. Sama ada pada waktu haidnya atau di waktu suci tetapi telah dicampuri di dalam haid sebelumnya. Selain itu sesetengah ulama berpendapat ada talak tidak dikira sunni atau bid’ie yakni talak yang dijatuhkan pada isteri yang belum dicampuri, atau isteri yang telah putus haid atau isteri yang sudah mengandung dari perkahwinan yang sah atau isteri yang masih kecil belum kedatangan haidnya.

Talak adalah kuasa suami, merupakan suatu perkara yang halal dalam islam tetapi ia perkara yang paling sangat dibenci oleh Allah SWT. Sebaiknya suami hedaklah banyak bersabar menghadapi kerenah isteri dan jadikan dirinya sebagai contoh tauladan yang baik sebagai ketua keluarganya.

IDAH WANITA

Allah swt menetapkan bahawa isteri yang diceraikan berhak mendapat tempat tinggal di dalam masa idahnya kecuali jika menderhakai suaminya. Suami atau sesiapa yang lain tidak berhak menghalau dari mendiami rumah yang didiami bersama suaminya. Isteri pula tidak boleh keluar kecuali atas sebab keperluan yang sangat penting.

Terdapat tiga jenis Idah iaitu; Idah Quru’ yakni yang diambil kira dari pusingan haid atau sucinya.Mengikut Mazhab Syafi’e pendek idah wanita yang biasa didatangi haid adalah 32 hari (Kiraan dengan 3 kali suci) dan lebih sedikit bergantung pada keadaan seseorang itu. Kerana sependek-pendek haid adalah sehari semalam iaitu 24 jam, manakala sependek-pendek tempoh suci dari haid adalah selama 15 hari.

Terdapat dua jenis bagi yang beridah dengan kiraan bulan. Yang pertama adalah mereka yang belum didatangi haid. Seperti kanak-kanak yang belum baligh atau sudah mencapai 15 tahun tetapi belum didatagi haid, atau wanita yang sudah putus haidnya dan tidak mengandung. Bagi mereka tempoh idahnya ialah 3 bulan mengikut kiraan bulan islam. Yang keduanya, Bagi wanita yang tidak hamil dari perkahwinannya yang sah dan kematian suaminya idahnya ialah 4 bulan dan 10 hari. Idahnya bermula dari tarikh kematian tersebut walaupun yang masih didatangi haidnya.

Idah mengandung adalah bagi wanita yang hamil dan bercerai dengan suaminya sama ada sebab talak, fasakh atau kematian suaminya. Idahnya adalah sehingga wanita tersebut melahirkan anak.

%d bloggers like this: