Janganlah engkau rugi
Nota TAZKIRAH JUMAAT: JANGAN KAMU RUGI DI MIZAN DAN SIRATH
Ustaz Jazlan
Kompleks 3c
20/01/2012
Jauhi diri kita dari menjadi golongan Yukazzibun -yakni rasa bukan kita diperintah oleh Allah.
Bercakap yang benar
Kalau kita tidak kenal Allah bagaimana kita akan mengucapkan ‘Allahurabbi’.
Lisan Allah beri dengannya kita boleh masuk neraka dan boleh kita masuk syurga, terpulang kepada kita mana nak pilih.
cakap dengan anak dan isteri tetapi mereka tidak mahu dengar cakap kita sebab lisan kita telah hilang keberkatannya.
sebab itu orang alim kadang-kadang ada karamah dikurnia Allah sebab dia menjaga lisan dan anggota badan dari perkara yang melanggar syariat.
‘watawasaubil haq’ = berpesan-pesanlah kepada kebaikan dan menambah iman.
Bawalah anak-anak bersiar-siar contoh di air terjun atau di laut dan beritahunya/ ajak dia bersyukur akan nikmat Allah kurniakan pemberian allah dan ucapkan alhamdulillah (segala puji bagi allah).
Janganlah engkau sampai menjadi rugi di Mizan (timbangan) di akhirat kelak, rugi di mizan apabila melazimkan:
-cepat marah -waktu marah amalan terhapus/terbatal. jikalau cepat marah: jika berdiri maka duduk, jika duduk maka baring, jika marah ambil wudhu supaya cepat reda.
-marah pada yang haq -contoh jika anak tidak solat.
-banyakkan berzikir untuk selamat dari mizan,
amalan memberatkan mizan: ucapkanlah ‘subhanallah, walhamdulillah, wala ilaa ha illallah wallahu akhbar’.
-sulam amalan kamu dengan keikhlasan.
-amalan tidak di nilai jika beserta dengan Riak.
-hendaklah kamu sabar dalam menahan kesulitan, hatta hinggakan tercucuk duri maka akan dihapus oleh allah dosa-dosanya.
-Jangan susah hati dengan kesusahan/ kesulitan dalam kehidupan kerana ada balasan pahalanya di sana.
-Jangan engkau rugi di titian sirath di akhirat:
titian sirath 5000 tahun mendaki, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menuruni.
melalui titian sirath bergantung amalan dikerjakan kita, ada yang melaluinya seperti kilat menyambar, ada berjalan, ada berlari.
-Jaga jangan sampai di titian sirath kita disambar api neraka. disambar api neraka antaranya ada dosa bersekedudukan, menzalimi orang, ada berkaitan dengan orang: contoh hina, umpat.
-Dan hendaklah kita bersikap wara’, ada 10 sifat nabi yang baik kita tiru dan amal.
-Orang beriman itu bersaudara, bantu kerana Allah.
-hendaklah kamu menjadi seorang pemberi -kita hormati memberi contoh: dengan bungkus elok dan lipat baik pakaian untuk di sedeqah.
-belajar solat berjmaah selalu di amal.
berniatlah selalu untuk mengerjakan solat jemaah samada dengan kawan walau kawan tidak hirau. insya’allah ada pahala allah beri juga pahala berjemaah.
-Lazimkan bersedekah surah Al-fatihah kepada pengarangnya jika kamu ada membaca buku/tulisan ilmu ugama, insyaallah perolehi keberkatannya/ dapat kefahamannya pada kamu juga.
Pengajian
Ceramah Ustaz Ahmad Dasuki
Kurangnya kefahaman iman
Kedudukan diri disisi Allah
Mujahadah
TAZKIRAH JUMAAT: BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM BERIBADAT
Ustaz Jazlan
Kompleks 3c
06/01/2012
Oleh: Mohamad Hakim Bin Tastik
Di dalam Surah Masa (Al-Asr) ayat 1 – 3 Allah telah berpesan kepada kita, kerugian ini banyak di dalam kehidupan kita, contohnya:
Allah beri kita makanan tetapi kita bazirkan itulah kerugian.
Allah beri kita isteri/suami tetapi kita sia-siakan itulah kerugian.
Allah beri kita harta tetapi kita tidak gunakan untuk sepatutnya itulah kerugian.
Orang yang beramal soleh hidupnya tidak akan termasuk kerugian ini.
Pesan penting oleh Imam Shafie: Jagalah perkara ini supaya kita tidak rugi:
-Jauhkan dari banyak tidur
Sebab kuat tidur itu membuang masa. Allah bangunkan kita sebenarnya suruh beribadat.
sunah tidur Khailullah (tidur sebentar sebelum solat zuhur) bagi memudah kita jaga untuk bangun malam.
-Kurangkan makan
Sebab perut yang ringan untuk beribadat. Berhentilah makan sebelum kenyang.
isi perut dengan seperuh untuk air, separuh untuk udara dan separuh lagi untuk makan.
-Kurangkan bercakap
Bercakap yang sia-sia tiada manfaatnya pada ugama. Hukum ketawa harus, nabi ketawa nampak gigi/senyum tetapi kita ketawa sampai nampak anak tekak.
-Jangan engkau jadi orang yang rugi
Hak pada diri, Mintalah agar Allah beri kebaikan itu nikmat bagi kita, bukannya Allah beri keburukan itu kita nikmatinya. Jika ingin Allah tambah nikmat, engkau bersyukurlah. Jika engkau tidak bersyukur Allah akan tarik balik nikmat. Sebenarnya keinginan kita itu juga suatu nikmat yang Allah beri nikmat sebelum kita dapat.
-Jangan berhutang dengan Allah
Kalau kita ada hutang dengan Allah perkara wajib qadha’lah segera sebelum malaikat maut datang menjemput kita. Bertaubat dan kuatkan istiqamah dalam beribadat.
Waktu zuhur solat sunat qabliah 4 rakaat ada.
Waktu solat maghrib, Tiada solat sunat qabliah maghrib yang boleh sunat tahiyyatul masjid dan solat sunat wudhu.
waktu tidak boleh solat sunat atau qadha:
-selepas solat subuh.
-selepas solat asar.
-sebelum solat maghrib.
Sama-samalah kita nasihat-menasihati, mudahan yang baik di datangkan oleh Allah untuk kita.
Insya’allah.
Kaedah buat Kajian Kerja Kursus Mudah
Ketahui Kaedah Buat Kerja Kursus Yang Cemerlang
Mudah dan Pantas untuk mereka yang belum tahu
Jika anda ialah pelajar sekolah yang akan menduduki peperiksaan.
Kini saya ingin kongsikan ilmu supaya anda boleh menguasai teknik buat kajian kerja kursus
dengan mudah melalui e-book panduan kerja kursus cemerlang ini.
Teknik yang ditunjukkan sangat praktikal dan berkesan.
Juga sesuai untuk anda tidak kira anda berada dimana atau apa sahaja profesion anda.
Lebih-lebih lagi kepada anda yang merasakan susah, tidak tahu dan tercari-cari bagaimana mahu buat kajian.
Saya telah lancarkan ebook pertama ini sekarang dan anda boleh memesannya secara online.
Mudahan ianya bermanfaat untuk anda semua.
PANDUAN KERJA KURSUS CEMERLANG
Bil halaman : 35 mukasurat
Harga: RM35.00
Penyusun: Mohamad Hakim Bin Tastik
Jaminan 100% wang dikembalikan
Contoh kerja kursus ada diberikan
Jimat masa anda melakukan rujukan/carian
Penulisan dalam ayat mudah maka senang untuk anda fahami
Boleh belajar di mana sahaja
Tidak perlu susah hati tidak tahu buat kerja kursus lagi
Mudah diperolehi hanya pesan di internet
Untuk memesan sila bank-in RM35 ke akaun berikut:
CIMB 12240074795529 Mohamad Hakim b Tastik
dan hantar butir transaksi di sini.
Selain itu,
Saya juga berikan 8 format penulisan bahasa Melayu secara percuma yang anda boleh download.
untuk mengetahui lebih lanjut sila layari laman web ini.
http://www.panduankerjakursus.blogspot.com
SILA SEBARKAN MAKLUMAT INI KEPADA ANAK, ADIK, KAKAK JUGA RAKAN-RAKAN ANDA
SUPAYA MEREKA JUGA BOLEH CEMERLANG
insya’allah berjaya
Nikmat
Ruginya Manusia Akhir Zaman
Ustaz Shamsul Zaman,
Masjid taman haji Ali,
Kok Lanas
Kelebihan Solat Jumaat
HARI JUMAAT
Fattabiouni – Kelebihan hari Jumaat
Soalan Kelebihan Mati Hari Jumaat – Ustaz Azhar Idrus
Datuk Abu Hassan Din al Hafiz – perkara2 sunat yg dilakukan pd hari Jumaat
Nama-nama yang sering diganggu Jin?
PENYAKIT DAN PENAWAR
Indahnya perubatan islam
Ustaz Sharhan Shafie
Tanyalah Ustaz TV9
Resdung
7 botol air kolah masjid
letak atas sejadah dan bacakan surah Al-Anbia’ ayat 83
letak air di tapak tangan kanan baca selawat
sedut dan hembus keluar
Sakit Tumit (Ghout)
Minyak zaitun
Bacakan surah Al-fatihah, ayat kursi dan surah at-taubah ayat 14
sapukan di tempat sakit
Pertumbuhan dalam rahim, senggugut, fibroid
Madu asli
bacakan surah al-fatihah dan ayat kursi
makan 1 sudu sehari
Angin pasang (ulure)
madu
bacakan surah al-isra’ ayat 82
Asma (lelah)
Org dewasa:
lendir belut di minum
Kanak-kanak:
buah betik, madu asli 1 sudu
ambil 3 titik getah betik dan masukkan di dalam madu kemudian diminum
Tiroid (tekak, sendi-sendi)
surah al-mukminun ayat 11 – 14
Histeria
(boleh jika tiada wudhu)
Asingkan pesakit
gengam tangan kanan baca ‘Bismillah Masya Allah’
tiup tangan kemudian tepuk atas belakang antara 2 tulang belakang
Penyakit hati (was-was dalam solat)
Surah Al-falaq atau surah Al-Isra’ ayat 82
Strok
Susu kambing asli
ayat dalam surah yaasin
Angin dalam badan
Surah Al-fatihah, ayat kursi
Surah Al-fussilat ayat 14
(Pendinding, pagar, benteng)
surah al-saffat ayat 7
Sukar tidur
surah al-kahfi ayat 10
insya’allah berhasil.











