MUHASABAH DIRI: DOA TAUBAT
Petikan dari Kitab Durratun Nasihin (Mutiara Mubaligh).
Sesungguhnya barangsiapa yang lebih dahulu mengadakan muhasabah pada dirinya sebelum dihisab, maka akan datang dengan sendirinya semua jawapan ketika ditanya dan akan perpindahan dan tempat tinggalnya.
Sesungguhnya siapa tidak mengadakan muhasabah terhadap dirinya sendiri lebih dahulu, maka akan selalu mengeluh, lama tinggal di padang Mahsyar di Hari Kiamat, dan perbuatan buruknya akan mengiringnya ke tempat yang hina dan tempat kemarahan.
Maka seharusnya untuk orang-orang yang beriman supaya tidak lupa yang demikian itu di dalam usahanya untuk di akhirat, dari mengawasi dirinya, dalam segala gerak geri dan diamnya, serta di dalam penglihatan dan niatnya.
kerana usaha ini akan menguntungkan dia, memperolehi syurga firdaus yang tinggi, dan sampai pula di Sidratul Muntaha bersama-sama dengan para Nabi, Shadiqin dan para Syuhada. (Majalisur Ruumy).
(Arab verse)
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim
I’tiraf
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu
Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu
Doa Taubat (Astaghfirullah)
Anda perlu berdaftar masuk untuk meninggalkan komen.