Makan makan makan

KADAR MAKANAN YANG MENEGAKKAN TULANG PUNGGUNGNYA PADA BERTAQWA KEPADA ALLAH TAALA

Makanlah untuk hidup bukannya hidup untuk makan…

Kitab Ihya Ulumuddin
Juz 4 halaman 244 – 245.
Imam Ghazali Rahimahullah

Orang yang memiliki makanan sehari nescaya tidak merasa puas.

Zuhud darjat tertinggi: iaitu yang padanya sekadar untuk menolak lapar, ketika sangat lapar dan takut sakit. Ia tidak menyimpan dari makanannya untuk malamnya.

Zuhud darjat ke dua: iaitu ia menyimpan makanannya untuk sebulan atau 40 hari.
Zuhud darjat ke tiga: iaitu ia menyimpan makanannya untuk setahun, maka tidak sempurna zuhud padanya.

KADAR MAKANAN
Paling sedikit: Sehari semalam setengah kati.
Yang sederhana: ialah sekati.
Paling Tinggi: ialah secupak. Ini yang dikadar oleh Allah Taala pada memberi makanan orang miskin, mengenai kafarat.

Sesiapa yang tidak sanggup menyingkatkan kepada secupak, nescaya ia tidak mempunyai bahagian dari zuhud pada perut.

JENIS MAKANAN
Sekurang-kurangnya: iaitu setiap apa yang dimakan, walau roti dari antah yang di ayak (annukhalah).
Yang sederhana: iaitu roti syair dan jagung.
Yang tertinggi: ialah roti gandum, yang tidak di ayak. Apabila ia memperbezakan dari yang di ayak dan menjadi tepung putih, maka ia telah masuk dalam bersenang-senang. Dan ia keluar dari pintu zuhud yang penghabisan.

LAUK PAUKNYA:
Sesedikitnya: ialah garam atau sayuran dan cuka.
Yang Sederhana: ialah minyak zaitun atau sedikit dari minyak apapun adanya.
Yang tertinggi: ialah daging apapun adanya. Yang demikian itu sekali dalam seminggu atau dua kali. Jika ia selalu makan daging atau lebih dua kali dalam seminggu, nescaya ia keluar dari penghabisan pintu zuhud. Maka orang itu tidak sekali-kali orang zuhud pada perut.

Doa sebelum dan selepas makan

Fattabiouni – Adab Makan dan Minum

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: