REBUT PELUANG INFAK HARTA UNTUK MASJID UMAR ABDUL AZIZ DI PALESTIN
Alhamdulillah hari ini dapat bersama-sama umat islam menunaikan solat jumaat di Masjid Al-Falah USJ9,
dan dapat bersama-sama mendengar sedikit sebanyak khabar dari Palestin dan seterusnya melihat pengistiharan masjid berkembar antara Masjid Al-Falah USJ9 dengan Masjid Umar Abdul Aziz Palestin melalui wakilnya MAPIM.
Kerjasama membangunkan kembali masjid-masjid di Palestin yang musnah akibat di bom telah dimulakan. Masjid yang pertama telah siap sepenuhnya di Berkanun, Palestin. Dan kini untuk Masjid kedua ini pula telah dimulai pengumpulan dananya.
Dikesempatan ini saya menyeru kepada diri saya dan anda muslimin dan muslimat seluruhnya dan khasnya kepada rakyat muslim di Malaysia supaya turut sama mengambil peluang ini untuk menyumbang dalam pembinaan masjid Umar Abdul Aziz. Mudahan dengannya adalah bahagian untuk kita di akhirat nanti. Sumbanglah juga atas nama ibu bapa, adik beradik, dan anak isteri tuan puan supaya mudahan mereka juga mendapat bahagian untuk sumbangan ini.
Ambillah peluang istimewa ini, mungkin kita tidak dapat sampai berjuang ke Palestin tetapi dengan inilah jalan sumbangan anda sekalian akhirnya sampai di bumi barakah para anbia ini dan tercapai pelaksanaan pembinaan masjid ini. insya’allah.
Masjid ini selain digunakan untuk menunaikan solat jumaat dan berjamaah ianya sebagai pusat pengajian al-quran bagi saudara umat islam kita di sana.
Bagi yang belum berkemampuan menyumbang harta untuk saudara kita di sana, sumbanglah doa kalian untuk mereka di sana dan untuk seluruh saudara seislam kita di mana jua.
LATAR BELAKANG MASJID UMAR ABDUL AZIZ
Masjid ini di bina pada 1081 oleh kerajaan Palestin sebagai tanda asas daerah Beith Hanoun dan pintu masuk ke kawasan ini. Masjid Umar Abdul Aziz ini adalah yang paling aktif dalam melahirkan pejuang islam yang mempertahankan bumi Palestin dari terus di ceroboh oleh israel.
Masjid ini telah di ubah suai pada 2002, sehingga 1400 meter persegi yang mampu menampung bilangan jamaah 7000 orang di dalamnya dan merupakan masjid yang di gunakan untuk solat idulfitri/ iduladha dan juga merupakan Pusat Islam terbesar serta perpustakaan untuk daerah Beith Hanoun. Malangnya masjid ini di bom oleh zionis israel dengan 11 tembakan peluru berpandu besar (setiap satu 1 ton) yang di tembak melalui jet pejuang F16 israel.
CADANGAN
Setelah pembinaan semula Masjid An-Nasr yang di kemudikan bersama MAPIM dan surau An-Nur, Bandar Baru Bangi berjaya dilaksanakan selama 8 bulan, pihak pentadbiran Beith Hanoun (Datuk Bandar) memohon serta merayu kepada MAPIM dan rakyat Malaysia untuk pembinaan semula Masjid Umar bin Abdul Aziz.
Masjid ini sangat penting untuk maruah rakyat Beith Hanoun utara Gaza akan dibina dengan anggaran kos pembinaan RM 1.5 juta serta merangkumi keluasan 1000 meter persegi dengan binaan 1 1/2 tingkat dengan kapasiti jumlah jamaah 3000 orang di dalamnya.
Sekiranya berhasrat, untuk bank-in ke akaun:
TABUNG GAZA – MAPIM
08013010075820
Bank Islam Malaysia Berhad
Selepas bank-in sila smskan jumlah yang di bank in ke no.tel:
019-6011 617 (Hj. Abdul Aziz Bin Hj Abu Bakar)
Penyelasan MAPIM Selangor
Ketua Pembangunan Masjid di Gaza Palestin.