TAZKIRAH JUMAAT: SEMPENA BULAN MAULID NABI SAW
Ustaz Jazlan
Kompleks 3c
02 & 10 /01/2012
Oleh: Mohamad Hakim Bin Tastik
Apa di sebut oleh Imam Shafie antara amalan yang boleh membawa kita kepada masuk ke syurga?
-Kita bersyukur atas segala nikmat kepada kita dari Allah.
Khususnya nikmat Islam, nikmat Iman dan nikmat Amal.
-Kita redha kepada apa Allah berikan kepada kita, termasuk:
1. ketetapan yang tidak boleh diubah contohnya yang hidup pasti mati.
2. ketetapan boleh diubah contohnya panjang umur bergantung kepada perbuatan dan amalan diri yang menjaga kesihatan.
-Allah beri ujian kepada manusia supaya:
1. mengkhendaki Redha pada yang beriman.
2. Bala kepada yang bukan beriman.
orang beriman ditimpa bala ada hikmahnya, antaranya sebagai menghapus dosa-dosa yang dilakukannya.
-Bersangka baik kepada Allah, apa Allah beri kepada kita Allah beri cukup, kita tidak susah, yang susah pada kita itu nafsu, kita rasa susah sebab duit tidak cukup sebab itu kita rasa susah.
-Bertaubat atas segala dosa maksiat kepada Allah,
bertaubat akan dosa-dosa yang kita ketahui dan tidak kita ketahui.
Nabi saw bertaubat tidak kurang 70 kali setengah riwayat ada menyebut 100 kali dalam sehari (dengan beristighfar).
-Menghadir /mendengar dan menghayati ke dalam majlis ilmu: satu langkah digugurkan dosa dan dinaikkan darjat di syurga selama tidak syirik kepada Allah.
sekarang banyak majlis ilmu diadakan tetapi diri kita yang tidak mahu singgah untuk ambil peluang ini, maka rugilah akhirat kita.
-Bagaimana untuk mendapat syafaat nabi saw:
1. banyakkan berselawat, siapa berselawat dikabulkan doa, jika berdoa dan tidak berselawat tidak diangkat doanya. kelebihan lain berselawat dengan banyak juga dapat menajamkan akal.
Ajarlah anak membaca doa naik kenderaan dan berselawat nabi di dalam kereta daripada dibiarkan mereka bermain dalam perjalanan.Mudahan kita beroleh rahmat dengan anak pandai berselawat selama hidup mereka.
-Kesempurnaan ibadah:
orang yang banyak berwudhu muka berseri.
belajar mengikut syariat nabi saw dan beramal dengannya.
syariat iaitu jalan ibadah nabi saw.
-Solat itu kena belajar, barulah ikut syariat nabi saw,
jika tidak itu yang berlaku macam-macam gaya solat terutamanya pada solat jumaat dapat dilihat. Tidak tahulah siapa yang ajar?
contohnya bertakbir ultraman dan ada juga solat tersangat laju sampai tiada tomo’ninah.
-Belajar mencintai dan mengamalkan dengan niat mengikut sunnah nabi saw dalam kehidupan, contohnya memakai warna putih, memakai serban, memakai jubah dan lain-lain lagi.
-Juga kita sayang kepada semua sahabat-sahabat nabi saw yang terdahulu serta para ulama pewaris nabi.
Jauhi diri dari syiah, syiah itu membenci sahabat-sahabat nabi sehingga sampai peringkat jibril tersalah beri wahyu yang sepatutnya diberi kepada sayyidina Ali.
-Nabi saw telah mengharamkan kahwin Mut’ah. Telah dihalalkan dalam 2 masa, dan telah diharamkan.
-Bacalah kitab ‘Syamail Muhammadiah’ (sifat-sifat nabi saw) supaya kita dapat mengenal nabi saw.
Banyakkan berselawat jika ingin melihat nabi saw.
-Bawalah anak-anak dan isteri ke majlis maulidur rasul untuk mendengar majlis ilmu dan kisah-kisah nabi saw.
-pesanan Syeikh Sya’rawi: sambut bukan hanya pada bulan Rabiul Awal sahaja, sambutlah sepanjang tahun.
-Jadikan nabi saw Idola dalam hidup, ini perintah Allah swt.
‘Demi pada dirimu (nabi) ada contoh tauladan yang baik’.
-Nabi saw mendapat maqam/kedudukan yang tinggi di akhirat sebagaimana doa selepas azan, sesiapa yang jawab azan kemudian membaca doa azan maka wajib mendapat syafaat baginya.
-takutlah hari kebangkitan, manusia akan dihimpunkan di padang mahsyar dan mereka Allah biarkan selama 50000 tahun sebelum amalan mereka dikira, dalam keadaan huru-hara antaranya matahari tingginya sejengkal diatas kepala. sehingga manusia tidak sanggup lagi dan mencari nabi-nabi untuk memohon kepada Allah agar disegerakan timbangan. Ada manusia yang dapat perlindungan di bawah Arasy Allah.
-Antara syafaat nabi saw:
1. nabi beri syafaat sesiapa yang ditimbang amalan baik dan jahat sama berat, maka nabi ada sampai membuka serbannya diletak di timbangan maka dia dapat masuk syurga.
2. nabi saw bawa 70000 orang dari umatnya terus masuk ke syurga tanpa hisab. Siapa mereka itu? iaitu orang yang sentiasa bertawakkal kepada Allah. mudahan kita termasuk golongan ini, insyaallah.
3. nabi saw meringankan azab bagi yang diazab di neraka, contohnya diringankan siksa Abu Talib kepada siksaan paling ringan iaitu dipakaikan selipar neraka menggelegak otaknya.
Jika kita buat sesuatu maka buatlah kerana Allah, jika kita buat kerana manusia kita akan sakit hati.
Mudahan kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur, amiin.