Rezeki kerja

BUDAYA KERJA CEMERLANG MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

Ustaz Zainal Bin Khamis
13/01/2012
HQ

Oleh: Mohamad Hakim Bin Tastik

-Hari Jumaat punyai kelebihan luarbiasa, doa dimakbulkan.
-Surah Al-Maidah ayat 3 yang maksudnya ‘Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani’.

-Hari ini kita bersyukur kepada Allah telah memilih kita menganuti Ugama Islam.
-Surah Al-Imran ayat 85 yang maksudnya ‘Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi’.

Sama-sama kita fikirkan:
-Kadang-kadang kita tidak faham apa itu islam?
-Hari ini cara hidup kita macam mana?
-Hari ini cara makan kita macam mana?
-Hari ini cara kerja kita macam mana?
-Hari ini cara pemakaian kita macam mana?
-Kita berkahwin adakah mengikut cara hidup islam?

-Apabila islam dijumudkan (diambil mudah) ini yang berlaku:
-Pakaiannya melambangkan bukan islam.
-Islam dianggap beribadat hanya di masjid dan di atas tikar sejadah sahaja.

-Adakah yang kita lakukan mengikut kehendak syariat islam?

-Surah Az-Zariat ayat 56 yang maksudnya ‘Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku’.

-Apa itu ibadat?
Ibadat merangkumi solat, puasa, zakat, mengucap syahadat, haji & umrah, termasuk juga bekerja (semua hal dalam kehidupan kita adalah ibadah).

-Senyumlah kamu ke atas saudara kamu, ia menjadi ibadat dengan niat kerana Allah.
-Kerja yang kita buat juga dikira ibadat. Semua yang kita buat dikira ibadat.

Pembahagian Ibadah:
1. Asas -Ta’abbudi : Hablumminallah (Hubungan kita dengan Allah).
2. Sunat -Ta’qarrubi: Hablumminallah (Hubungan kita dengan Allah).
3. Umum -Amal soleh : Hablumminannas (Hubungan kita dengan manusia/makhluk).

-Apa jua kita buathubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia tidak boleh dipisahkan.

-surah Al-Zalzalah ayat 7 -8 maksudnya ‘Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

-Apa yang kita lakukan akan dihadapkan kepada Allah di akhirat.

Syarat Ibadah
1. Niat -niat yang betul contohnya pergi kerja berniat mencari rezki yang halal.
orang yang mahu bernikah niat ‘ya allah aku bernikah kerana allah’.
-mulakan dengan Bismillah kemudian istighfar.

2.Aktiviti sah di sisi syarak -ada 5 hukum asas iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram. contoh ada kala solat dan puasa itu akan menjadi wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Yang Wajib tunaikanlah
Yang Sunat amalkanlah
Yang Haram jauhilah
Yang makruh tinggalkanlah
Yang Harus terpulanglah

-Allah beri 5 hukum jangan gunakan 1 sahaja, hukum fiqh ini akan berubah mengikut keadaan, berdasar garis panduan diberi oleh syarak.

-Sumber rezki pastikan halal atau haram atau subhatnya.
-Tidak menyalahi undang-undang Allah dan manusia.

3. Pelaksanaan mesti betul -tidak dicemari atau dicelahi yang haram. contoh salah bawa kenderaan pejabat pergi shopping yang bukan atas urusan kerja.

4. Dilaksanakan dengan terbaik.
5. Tidak meninggalkan ibadat asas islam iaitu syahadat, solat, puasa, zakat dan haji.

-surah Annur ayat 37 maksudnya ‘(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.’

-Jika meninggalkan ibadat asas islam adalah TIDAK DIKIRA ibadah!
-Jangan kamu bercakap tetapi kamu tidak buat, akan datang kemurkaan Allah!

Tanda Rezeki diperoleh tidak berkat:
-jiwa tidak tenang walau peroleh dan miliki harta banyak.
-Harta diperoleh menerusi jalan tidak baik mudah habis dan terhakis tanpa diduga dan tidak disedari.

-Apa yang berlaku ada hikmah dan pengajaran ingin Allah beri, sama ada kita sedar atau tidak?

-Berasa sombong dan tamak hingga bernafsu untuk menambah dan memiliki lebih banyak harta hingga tidak mementingkan ibadah.
-Berasa kedekut dan enggan bersedekah atau mengeluarkan belanja atau zakat kerana menganggap perbuatan itu merugikan. contoh seperti tidak pernah belanja rakan sekerja walau bertahun bekerja.
-Sering ditimpa musibah, bencana yang tidak disedari kerana tiap perbuatan mungkar akan mendapat laknat daripada Allah.

Kecemerlangan berkualiti:
-Berilmu -miliki ilmu pengetahuan.
-Adil -yang berhak mendapat haknya.
-Syura -meneliti pendapat orang lain.
-Berusaha dan Produktif -rajin, gigih, tabah cabaran.
-Berdisiplin -mematuhi undang-undang.

3 Perkara kesukaan Nabi saw:
-Melakukan solat.
-Bela nasib wanita.
-Pakai wangian.

3 perkara Sayyidina Abu Bakar suka:
-Damping nabi saw.
-Infak harta.
-Kahwinianak.

3 perkara Sayyidina Umar ra suka:
-Amal Ma’ruf
-Cegah Nahi Mungkar

3 perkara sayyidina Uthman ra suka:
-baca quran
-beri makan
-beri pakaian

3 perkara Sayyidina Ali ra suka:
-perang dengan pedang sendiri
-puasa di musim panas
-layan tetamu

3 perkara malaikat Jibril suka:
-beri petunjuk kepada orang sesat
-damping orang Ta’ruf (rendah diri) terpuji
-bawa doa orang teraniaya

3 perkara Allah swt suka:
-orang yang melakukan sesuatu kerana Allah
-Orang yang menangis (taubat) kerana dosa dilakukannya
-orang yang sabar apabila ditimpa musibah.

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: