Dimana Azam spiritual kita?

TAZKIRAH JUMAAT: TAHUN BARU SENTIASA BERLALU AKU MASIH DISITU

Ustaz Izhar Jamali
30/12/2011 HQ

Oleh: Mohamad Hakim Bin Tastik

Menjadi suatu trend bagi masyarakat kini mengadakan bacaan surah Yaasin pada hari jumaat, Sebenarnya surah Yaasin tidak semestinya di baca pada hari jumaat, banyak lagi surah lain yang boleh di baca dan mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Adapun makna Tazkirah adalah suatu proses mengingat, di sebabkan manusia itu ada mempunyai dua sifat iaitu lalai dan lupa.

di dalam Proses mengingat sebenarnya kita melakukan pengulangan, sebab itu jika kita perhatikan di dalam ibadat kita lakukan secara berulang-ulang contohnya zikir.

Masa berlalu pantas, usaha jaga masa kita dan isilah ia dengan sebaik mungkin, di dalam surah Al-Asr ada menyuruh kita supaya beriman dan beramal soleh.

Adapun Azam iaitu suatu kemahuan dan kesungguhan, Apabila kita berazam hendaklah selepas itu berTawakkal kepada Allah swt.

Perbezaan Tawakal dan Tawakkal;
Tawakal adalah berserah diri bulat-bulat kepada Allah swt.
Tawakkal (ejaan yang mempunyai tanda sabdu) adalah berserah diri kepada Allah yang mengandungi gabungan dua proses iaitu; yang pertama: Proses melibatkan rohani yang akhirnya Allah tentukan dan yang kedua: Proses manusiawi yang mana ada usaha dijalankan dahulu dan akhirnya baru berserah diri kepada Allah menentukan.

Enam perkara di sebut oleh Imam Ghazali:
Musyarathah -Jika matlamat/azam/perkara kita tetapkan, letak syarat padanya untuk dicapai baru menjadi.
‘Berjayalah orang yang beriman, yang solat 5 waktu, yang meninggalkan perkara lagha
(sia-sia), yang menjaga kehormatan diri ……’

Muraqabah -proses apa jua kita lakukan Allah Maha Melihat. -‘Allah is My CEO’
Muhasabah -Proses hisab (menilai) diri, Lihat apa kekurangan pada diri dan tampung ia,
sebab kita manusia tidak terlepas dari kesilapan.Segera baiki kesilapan dan tutup segera.
Tanggungjawab-proses Tanggungjawab, ada rasa bertanggungjawab terhadap sesuatu yang kita lakukan.
Mujahadah -Proses bersungguh-sungguh berbuat sesuatu. Suatu kebajikan buat secara istiqamah (berterusan).
Muathabah -Proses cela diri dengan kesilapan lalu, hukum diri kita, jika tidak hukum diri kita untuk
berubah ia akan menjadi suatu tabiat/budaya.

Budaya tidak dicela yang akhirnya menjadi kebiasaan kita seperti:

Datang ke masjid untuk solat jumaat lambat walhal tahu datang awal banyak kelebihannya dan dituntut.

Double park di masjid untuk solat jumaat kemudian lambat keluar, berbakul kena seranah, ianya menyusahkan orang dan itu perbuatan yang tidak dituntut oleh islam.

Duduk di dalam masjid suka cari tiang, bersandar di dinding, dan duduk di belakang, walhal yang aula adalah duduk di saf pertama yang banyak kelebihannya.

Untuk iktibar -jika sikap dari kita yang tegur/cela ‘budaya’ maka lama kelamaan akan ramai orang jadi tukang tegur dan kesannya lama-kelamaan ‘budaya’ tersebut akan terhenti dan berubah menjadi lebih baik.

Azam spiritual setiap hari, bulan dan tahun;

Cek kembali solat kita adakah cukup waktunya?
‘walaupun hidup 1000 tahun kalau tidak solat apa gunanya?’

Cek berapa kali solat berjemaah? berapa kali menjadi imam? atau kita masih hanya menjadi makmum sahaja?

Cek kembali tadarus kita, Quran kalau kita selalu baca dan hayati al-hamdulillah, teruskan.

Jika ingin khatam quran dalam solat baca 4 muka surat, dalam masa sebulan khatam.

Cek emosi kita, kawal perasaan marah, ia datang daripada syaithan, masa marah adakah kita hilang iman kita?

Cek kembali berapa kali kita menangis kerana Allah? Berapa kali kita menangis kerana filem/cerekarama?
Airmata menangis kerana Allah dapat menghalang api neraka.

Jaga kesihatan, supaya kita menjadi kuat beribadah kepada Allah, bukan menjadi kuat makan untuk memenuhi nafsu kita.

Apa yang kita baca selalu akan terkesan pada mindset kita dan akhirnya akan membentuk peribadi kita. contohnya jika selalu tengok porno akan terkesan ingin mencubanya. Baca dan lihat suatu yang elok berterusan lama-kelamaan boleh menjadikan akhlak baik.

Mudahan tahun baru menjadi suatu yang baik untuk kita, yang mana dapat kita bawa sekali urusan dunia dan akhirat secara saksama.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: