HUKUM HOMOSEKS DAN MUSAHAQAH (LESBIAN)
Kitab Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub
Permata pemberian yang indah dan menjaga segala hati yang lalai
Asy-Syeikh Ali Bin Abdul Rahman Al-Kalantani
NOTA HUKUM HAD oleh: Mohamad Hakim Bin Tastik
Nota ringkas ini di catatkan bagi memenuhi permintaan sesetengah pembaca 1khalifah.
Dan sabda Nabi saw:
‘Barangsiapa mengerjakan pekerjaan kaum Luth, Maka bunuh olehmu akan orang yang berbuatnya dan akan orang yang kena perbuatnya’.
Kata Ibnu Abbas ra:
‘Bermula Had (hukum hudud) orang yang liwath itu, direjamkan dia daripada tempat yang tinggi dengan anak batu hingga mati, kerana Allah Taala merejamkan kaum Nabi Luth dengan batu dari langit….’.
Had (hukum hudud) orang liwat itu seperti had zina atas qaul yang sahih.
Muhshan: direjamkan dia dengan anak batu hingga mati.
Tiada Muhshan: dipukul akan dia 100 pukul dan didagang (diasing) akan dia 1 tahun.
dan jikalau pada dubur hambanya atau dubur perempuan sekalipun, wajib had padanya itu, pada yang lain daripada isteri dan gundiknya.
dan adapun pada keduanya, maka jika berulang-ulang ia, wajib ta’zir jua. dan jika tiada, maka tiada dita’zirkan dia.
Adapun orang yang kena berbuat duburnya, maka hadnya dipukul akan dia 100 pukul dan didagang 1 tahun, sama ada ia muhshan atau tiada muhshan, sama ada ia lelaki atau perempuan.
dan pada satu qaul bagi syafi’i:
‘dibunuh akan orang yang berbuat dan orang yang kena perbuat, seperti hadith yang telah terdahulu.’
dan kata setengah ulama’: ‘dibakar keduanya dengan api’.
Dan adapun Had perempuan yang mendatang akan perempuan , maka kata Abu Muslim:
‘Di Habas kan (di kurungkan) dia sehingga mati’.
Dan Had orang yang mendatangkan akan binatang, maka iaitu seperti had orang berzina.
kata setengah ulama’:
‘Dibunuh akan dia, kerana sabda Nabi alaihissalam: ‘Barangsiapa mendatang ia akan binatang itu sertanya (yakni; sunat disembelih akan dia jika binatang yang di makan akan dia). -meriwayatkan dia oleh Al-Hakim dan menshahih ia akan isnadnya.
Tetapi yang rajihnya, dita’zir akan dia jua,
seperti pada riwayat An-Nasai, daripada Ibnu Abbas ra, tiada atas orang yang mendatang akan binatang itu Had.
ORANG-ORANG YANG DILAKNAT DAN DIMURKAI ALLAH
1. Orang yang Berbuat dan kena perbuat pekerjaan kaum Nabi Luth
2. Orang yang mewathi’ akan perempuan pada duburnya.
3. Orang yang mewathi’ pada binatang.
4. Orang yang mewathi’ akan anak dan ibunya.
5. Orang yang berzina perempuan yang sekampung dengan dia.
6. Orang yang mewathi’ akan tapak tangannya, yakni mengeluarkan mani dengan tangannya, melainkan bahawa taubat mereka itu.
-Lelaki yang menyerupai perempuan.
-Perempuan yang menyerupai lelaki.
-Orang yang mendatang akan binatang.
-Orang yang mendatang akan lelaki dengan Liwath.
Sebahagian Carian maksud ayat dalam Al-Quran:
Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu). (An-Nisaa’ 4:15)
Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) – yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. (Al-An’aam 6:151)
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (An-Nuur 24:2)
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (An-Nuur 24:3)
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; – (An-Nuur 24:4)
Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; – (An-Nuur 24:6)
Assalamu’alaikum. Terima kasih sebab berkongsi ilmu ini. Saya kini faham akan hukuman orang-orang yang melakukan kesalahan di atas semua. Namun, saya ada soalan. Apakah Islam suatu agama yang hanya menghukum sahaja? Tidak adakah jalan untuk membantu insan-insan yang berdosa ini? Apakah tidak ada kaedah untuk membantu mereka, iaitu, memberikan bimbingan dan ilmu di peringkat awal lagi? Yang saya lihat di sini, hukum, hukum, hukum. Jadi, gay, lesbian, maknyah yang masih mahu dalam Islam, akan ketakutan. Mereka akan hilang punca untuk kekal sebagai muslim. Rasanya lebih baik berikan mereka bimbingan sebelum mereka melakukan dosa. Wa’Allahu ‘alam.
Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(A-li’Imraan 3:89)
Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.
(Al-Baqarah 2:103)
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
(A-li’Imraan 3:133)
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).
(At-Taubah 9:112)
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(A-li’Imraan 3:104)
Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
(Al-Baqarah 2:66)
wallahu a’lam