Hakikat dosa batin

Beramal makin bertambah Dosa

Sumber: azamfillah
Assalamualaikum,
Bulan Ramadhan Bulan ibadah ,Bulan tarbiyah dan bulan mujahadah…maka ramailah muslimin dan muslimat yang berlumba-lumba mengejar akan fadhilat dan pahala yang berganda-ganda sebagai mana tsabit dari hadis-hadis nabi….Dan sekarang ini kita sudah melalui fasa yang kedua iaitu fasa keampunan…semoga kita mendapat keampunan darinya…

Secara tidak sedar amalan-amalan kita boleh juga menjadi hijab kepada diri,beramal tapi bertambah dosa-dosa kita kerana orang yang beramal itu lebih mudah dijangkiti virus iaitu riya’ apa itu riya,?? Riya’ (beramal supaya dilihat manusia) riya’ termasuk di dalam dosa-dosa besar(syirik khofi) dan membatalkan pahala sesuatu ibadah…

mungkin orang yang jahil dalam ilmu ini akan berkata “amal diterima atau tidak adalah hak ALLAH kita buat je segala Suruhan dan jauhi larangan nya kita tidak layak nak menghukum sesuatu ”…ulamak Sufi menitik beratkan betapa bahayanya dosa batin ini…hakikatnya dosa batin lebih sukar nak dirawat dan diubati dari dosa zahir dan ia menjadi fardhu ain bagi kita untuk menghilangkannya……YA ALLAH ampunkanlah dosaku=(…

antara ciri-ciri riya’ itu:

1)Ingin dipuji-suka menerima pujian dan marah jika dicemuh……bila orang puji kita”eh baguslah ko ni terawih xpenah tinggal pun boleh buat calon menantu aku nie..huhu…kiter merasa suke dengan pujian itu……dan kite merasa sedih,marah dan tidak puas hati bila article ataupun note kiter yg kita post xmendapt sambutan,dan jika ada pendapt yg berlawanan dari kita,dan cube menasihati, kita xdpt terima kritikan 2…if terima pun mulut kata terima hati terguris jua..

2)Suka menceritakan Amal ibadah kepada orang….riya’ zaman cyber post kat wall facebook pukul 3-5 am pastu pos “Alhamdulillah baru selesai bermunajat”huhu….kiter nak orang tahu yang kita ni beribadah malam…..bertadarus pon begitu jua “eh ko ngaji dah bape juzuk ???aku bru 8 juzuk la xsempat dapat 1 hari 1 juzuk la, bz ngan kerja…aku alhamdulilllah 10 juzuk dah aku amalkan baca 4muka setiap lepas solat”…Dialog yg seterusnya anta da cukup puasa 6?,pas 2 kiter jawap ana lagi sehari je,anta pulak?ana Alhamdulillah dah cukup,tahun ini rase senang lah nak puasa badan pun rase ringan jeee….kalau ade orang yang bertanya kat kita mcm ni baik xyah jawap ni soalan cepu emas dari syaitan…..

3)Bercampur niat kerana Allah dan manusia…..dalam sehari didalam bulan ramadhan kita pasti akan merasa emmm penatnye dan terasa malas nk buat terawih makan terlebih plak 2 mase berbuka td…pas 2 kiter pakse diri kiter kalau aku xpergi ni ape orang kater plak dahlah tugas aku jadi bilal terawih malam ni…huhu…….kiter pun pegi dgn bercmpur niat kerna Allah dan manusia….cntoh lain kerja sebagai guru mula2 niat kerana Allah dan terselit juga nak dapat redha manusia…..nak dipandang mulia dan tinggi…terdetik dalam hati akulah yang akan menjadi pencetus kemajuan dan perubahan dan menjadi guru paling dedikasi di sekolah ini….

Maka jika dating datang perasaan semacam ini elok lah kita tentang perasaan itu dengan dijawap “CUKUPLAH ALLAH YANG MELIHAT,KERANA ALLAH ITU KEKAL,ALLAH JUGA YANG MENGGERAKKAN AKU BERAMAL BUKAN KUASA DIRIKU,SESUNGGUHNYA PUJIAN MANUSIA ITU TIDAK LA KEKAL,BAHKAN AKU AKAN DIPIJAK-PIJAK OLEH MEREKA DI AKHIRAT KELAK”

Untuk menyelamatkn diri dari riya’ banyakkan ibadah di belakang manusia(bersendirian),sembunyikan ibadah jangan sampai orang tahu seperti(Solat sunat,puasa sunat,wirid)…dikala bersembunyi ibadat itu maka datangla virus yang seterusnya iaitu UJUB iaitu hairan kepada diri yang rajin beribadah…

Antara cirri-ciri ujub:

1)Rasa selamat dan puas dengan banyak amal….contohnya ramadhan yang lepas kita hanya mampu khatam sekali je…tapi ramadhan kali ini kita dapat khatam 3kali…terawih dan tahajud pun sekali pun tidak tertinggal….kita berasa puas dan suka dengan banyak nya amal…..ya ALLAH=(

2)Kita merasa org lain yg tidak beribadah mcm kita adalah terkutuk,kita sibuk post wall facebook kita dengan kalimah2 nasihat dan dakwah tapi friend2 kita sibuk dgn post yg sia2 dan tidak mendatgkn faedah kekadang jatuh kpd dosa,kita mengangap kita lebih sempurna dan terjamin selamat dari dosa…

3) contoh lain kiter rase kiter xpernah pon buat dosa yg besar2 mcm minum arak,merompak,berzina,membunuh,dan dosa2 yg besar yg lain…kiter merasa kiter dah selamat dan terhindar dari dosa besar….

kita masuk syurga bukan kerana Amal tapi dengan rahmatnya….tp kita juga xkan dpt rahmat sekiranya tidak beramal….

Tanda2 orang yang tiada ujub didalam hati:

1)Semakin beramal semakin lupa ibadah yg dilakukan dan memandang kesalahan diri lebih banyak.

2)semakin beramal semakin takut amalan tidak terima kerana banyak cacat cela,dan merasa sedih bukan merasa selamat.

3)Semakin beramal semakin memandang rahmat bukan memandang kebolehan diri.

4)Bila dipuji-rasa tidak layak bila dikeji-itulah sepatutnya.

5)Tidak akan lupe berdoa kpd Allah supaya tidak berbangga dengan ibadah.

Maka jika datAng perasan ujub hendaklah dijawap”DAPAT AKU BERAMAL INI ADALAH DENGAN RAHMAT ALLAH BUKAN KUASA DIRI,BUKN BIJAKKU DAN BUKAN HEBATKU,YA ALLAH KURNIAKANLAH KEPADAKU PERASAAN GERUN TERHADAP KEHEBATANMU..YA QAHHAR,YA JABBAR,YA MUNTAQIM”.

Virus seterusnya ialah Sumaah-perasaan ingin orang tahu kita beribadah dengan iklas….Perasaan ingin org hormat,dikenali dan dimuliakan manusia….

Beramal lah Kerana Allah bukan kerana nafsu….. ilmu ini diambil ketika penulis mengaji sesi (kitab Al-hikam Ibn Athaillah) alfadhil ustaz menceritakn ketika beliau mengaji (kitab durunnafis) bersanad dari guru beliau , amal kerana nafsu ini boleh terjadi …

sebagai contoh apabila kita terlampau bersemangat dan rajin hendak berqiamullail dan ingin solat tahajud 30rakaat maka sesungguhnya ia sebenarnya dari nafsu maka kita gantikan solat tahajud tadi dengan amalan lain spt menelaah kitab ataupun mengaji dan kita solat tahajud 2 rakaat je or seberapa minima yang mungkin ….dan ketika mana kita malas hendak berbuat Qiamullail maka masa itulah baru kita buat sungguh2 solat sunat tahajud 30rakaat atau semaximum yg boleh…..biar nafsu yg malas td terdidik……….Wallahualam….

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: