Sangkaan, Cemuh, Cela dan Berita palsu

HINDARI SANGKAAN CEMUH, CELA DAN BERITA PALSU

Firman Allah swt di dalam Surah Al-Hujurat ayat 11 dan 12:

‘Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.’

‘Wahai orang-orang yang beriman!
Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.’

Firman Allah swt lagi di dalam Surah Al-Faatir ayat 10:

‘Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.’

Petikan Kata Al-Sabuni:
‘Sesiapa yang tidak bertaubat daripada menghina orang sama ada dengan isyarat atau gelaran yang buruk, merekalah orang-orang yang zalim; yang mendedahkan diri mereka dengan azab.’

Firman Allah swt lagi di dalam Surah An-Nur ayat 14 dan 15:

‘Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu;’

‘Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.’

Al-Hasan Al-Basri berkata:
‘Ditanya, hai Rasulullah saw, apakah seutama-utama amalan? Sabda Rasulullah saw: Kamu mati sedangkan lidahmu basah dengan zikrullah.’

Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon kepadamu, jadikanlah kami termasuk di dalam golongan yang sentiasa menuruti Rasul dari segi perkataan atau perbuatan. Amiin.

Baca pula:
Umpat dan batasannya
Ilmu kenal diri
Keutamaan baik budi pekerti
Hati yang sakit

One comment

  1. […] lagi: Sangkaan, Cemuh, Cela dan Berita palsu Umpat dan batasannya Sebarkan artikel ini:StumbleUponDiggRedditFacebookTwitterEmailPrintLike […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: