NOTA TAZKIRAH JUMAAT: ISTIQOMAH (BERTERUSAN)
Ustaz Jazlan
Jumaat 15 April 2011
Kompleks 3c Bandar Sunway
Oleh: Mohamad Hakim Bin Tastik
Beristiqomah dalam kehidupan hendaklah senantiasa kekalkan kebaikan bertempat di:
DI HATI
-masukkan rasa kebesaran kepada Allah, maka sifat-sifat keji/buruk (dendam, dengki, menyampah dan lain-lain lagi) di dalam diri akan terkeluar dari hati.
DI LISAN
-Lisan kita kena jaga selalu, jangan sampai Allah tarik keberkatannya maka jadilah lisan kita tiada nilai di sisi Allah dan di sisi kita. Contoh: sebab itu apabila kita menasihati anak/isteri tetapi anak/isteri tidak mahu dengar kata atau buat tidak tahu.
-untuk mendapatkan kebaikan dari lisan: ucap dua kalimah syahadat dan banyakkan beristighfar. Nabi saw Maksum (tiada dosa) tetapi baginda beristighfar sebanyak 70 kali sehari dan dalam riwayat yang lain di sebut 100 kali sehari.
#Semak bacaan syahadat anak/isteri/keluarga biar kita dengar.
MEMBACA QURAN
-Kita ini orang beriman maka Allah beri Al-Quran. Bersyukur pada Allah yang menetapkan kepada kita berapa banyak kita dapat menghafal ayat Quran di dalam dada kita, adakah 30/15/5 juzuk atau 30/1 surah atau sebaris ayat yang kita tahu.
-Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya 100 ayat sehari.
-Quran jangan di tinggalkan dari di baca, jika di tinggalkan maka Allah akan tinggalkan dari kita.
-kalau kita tidak menghafal Quran macam mana kita mahu menjawab Al-Quran Imam Kita apabila di soal oleh Malaikat di Alam Barzakh nanti?
MEMBACA SELAWAT NABI SAW
-Banyakkan berselawat ke atas nabi saw.
-Berselawatlah dengan bersemangat, merasakan kebesaran , memuliakan apabila berselawat.
BERDOA KEPADA ALLAH
-Orang yang tidak mahu berdoa kepada Allah adalah orang yang sombong. sebab itu kita ada bermacam-macam doa harian untuk melahirkan rasa syukur kepada Allah yang telah memberikan segala nikmat dalam kehidupan.
-Dengan doa itulah Allah ingin beri kita rahmat dan kasih sayang kepada kita menjadi nikmat, taqwa dan syukur dan sebagainya.
-Ada orang mendapat nikmat: bangun tidur fikirannya mahu beribadah. ada orang tidak mendapat nikmat: bangun tidur tidak mahu beribadah. contoh: sebab itu kadang kala apabila tidur hanya dengan bantal dan di alas tikar mengkuang kita dapat tidur lena dan nyenyak tetapi apabila tidur di katil tilam yang mahal RM3000 kita tidak boleh tidur.
-Salah satu doa Allah ingin kabulkan adalah pada waktu hujan turun. Banyakkanlah berdoa untuk keselamatan hidup di dunia an akhirat pada waktu ini. kita adalah apa yang kita doakan (ucapkan). Ada orang memaki hujan contoh: Habislah sudah hujan nanti jalan jem ni. maka kesesakanlah yang akan di dapatnya nanti.
-Latih selalu cakap perkara yang baik dan positif maka nanti keadaan sekeliling akan menjadi baik untuk kehidupan . insya allah.
ANGGOTA BADAN TAAT ALLAH
-Ajak badan mentaati Allah swt
-Sentiasa mengekalkan kebaikan: bantu membantu sesama saudara seislam, fakir, miskin, anak yatim piatu dan sebagainya mengikut kemampuan. contoh: Ada orang pergi haji/umrah 5 kali tetapi adik beradik sendiri yang susah tidak dapat pergi dan tidak di hantarkan pergi. Ada yang makan lauk pauk sedap tetapi jiran di sebelah rumah kelaparan sudah 3 hari tidak makan tidak di ambil peduli.