Kenapa melayu jadi begitu?

Ambillah iktibar dari artikel di bawah:

DIMANA BOLEH CARI RAMAI MELAYU?

Di mana boleh cari ramai Melayu

Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu

Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu

Di Jomla Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu

Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu

Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu

Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru

Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Anak dara jadi kupu-kupu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu

Berlepak buang masa tidak jemu-jemu
Atau baca majalah, berita pasal cerita hantu

Tengok telenovela dari Filipina dan Peru

Berpusu-pusu pergi tengok pameran hantu

Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk mana dapat bini baru

Apa pakaian artis nak pakai itu yang nak ambil tahu

Mana tak gendut berpenyakit selalu

Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu?

Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu?

Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu?

Nak salahkan siapa ibubapa atau guru

Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu

Nak harap Kerajaan saja membantu

Terutama sekali kontraktor kelas satu

Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu

Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu

Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju

Boleh! dengan beberapa syarat tertentu

Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu

tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu.
‘DEMI MASA’ manusia selalu kerugian dan terlupa

1hari=24jam

Satu TAHUN ?

12 Bulan
52 Minggu

365 Hari
8760 Jam

525600 Minit
31536000 Detik
Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)

60th
70th

60th hingga 70th
(65th)

Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)

Puratanya manusia meninggal ± 65 th

“Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia”

Laki-laki Baligh ± 15 tahun

Wanita Baligh ± 12 tahun

Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati – Baligh = Baki Usia, :~ 65 – 15 = 50 tahun

50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun= 18250 hari= 458000 jam

12 jam siang hari

12 jam malam hari

24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama:

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;

Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya.

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:

18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun

Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun

Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud;

“Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU”.

Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,

Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,

Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..

Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar.

Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.

” Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya ”
Lalu Bila Nak Beribadah?

Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi… !
Karena kita fikir;

solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga…

Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???

1 solat = ± 10 minit ….. 5x solat = ± 1 jam

Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I

jam =18250 jam= 2 tahun
Kesimpulan:

waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita, itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu
kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa…
Logiknya:

Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian.

Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana.
Penyelesaian:

Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!
Ingatlah negeri kita. Akhirat

Ya Allah Selamatkanlah dan jauhkan kami dari bencana tipu daya syaithan dan hawa nafsu diri kami yang buruk. Amiin.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: