Masakan Udang masak merah

RESIPI: UDANG MASAK MERAH

Bahan-bahannya:

Udang 1/2 kilo
Daun sup 7 helai
Bawang besar 1 biji
Garam secukup rasa
Bawang merah 4 biji
Bawang putih 4 biji
Cili kering 10 biji
Halia sebesar ibu jari
Lengkuas sebesar kuku ibu jari
Serai 2 batang
Asam jawa secukup rasa
Air putih 1/2 cawan

Cara memasaknya:

1.Air putih di campur asam jawa dan gaul sehingga sebati. Udang di basuh bersih.
2.Lada besar di blender dengan bawang putih 2 biji + halia + lengkuas.
3.Hiris bawang besar bulat-bulat tipis.
4.Bawang putih 2 biji lagi dan bawang merah 4 biji dihiris halus.
5.Serai dititik/dipecahkan.
6.Tumiskan bawang yang di hiris halus tadi hingga berbau wangi dan tuangkan bahan yang di blender tadi sehingga wangi kering menusuk hidung. Tambahkan gula dan masukkan serai.
7.Masukkan udang dan masukkan 1/2 cawan air putih ke dalam tumisan tadi.
8.Kemudian masukkan garam dan masukkan bawang besar dan daun sup, kacau seketika dan siap dimasak.
9.Hidangkan untuk di makan.

Selamat menjamu selera ye.

Advertisements
%d bloggers like this: