Nota pengurusan masa

PENGURUSAN MASA

Oleh: Mohamad hakim Bin Tastik

Saya tertarik dengan pengisian di dalam bacaan khutbah oleh Khatib di Masjid Sunway pada tarikh 24hb Disember 2010 minggu lepas semasa menunaikan solat Jumaat. Antara lain isi yang di sampaikan dengan penuh semangat yang masih saya teringat-ingat adalah:

Bismillahirrahmaanirrahim
Demi masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan kesabaran. -Surah Al-Asr.

1. Berapa banyakkah kita mengingati Allah pada setiap minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun dalam hidup kita?
-berapa banyakkah kita sebutkan subhaanallah, alhamdulillah, allahu akhbar dan lain-lain zikir dalam kehidupan seharian kita? Kita ini sombong terhadap diri sendiri dan sering menganggap kita ini islam kita telah pasti masuk syurga tanpa beramal soleh yang dituntut kepada kita? Kita berseronok gelak ketawa berdekah-dekah di majlis-majlis (kenduri, parti dan lain-lain) seolah-olah kita hidup tidak akan mati dan amal perbuatan kita tidak akan di tanya nanti!

2. Berapa banyak kitab atau buku agamakah yang telah kita pelajari, baca dan dalami setiap hari, bulan atau tahun?
-kita sering mengaku kita anggap tahu banyak perihal ugama. Agaknya kita ini hebat sangat sehinggakan kita sebagai umat islam sendiri memboikot dan memulaukan (tidak mahu menghadiri) majlis-majlis ilmu, ceramah-ceramah atau kuliah-kuliah ugama yang ada sedangkan banyak tempat menganjurkan majlis-majlis ilmu. Adakah kita ini lebih pandai dari ustaz-ustaz sampaikan kita tidak perlu hadir kepada majlis ilmu dan berjumpa ustaz dan ulama untuk mendengarkan persoalan dan belajar ugama? Betapa sombongnya diri kita ini, Sedangkan menuntut ilmu adalah fardhu ain kepada kita sebagai muslim!

3. Kita selalu banyak membuang masa sibuk dengan perihal dunia sehingga mengabaikan akhirat kita.
-kita sibuk membuang umur yang di anugerahkan Allah kepada kita kepada perkara-perkara sia-sia dan lagha dan maksiat, sedangkan tujuan utama kita di jadikan adalah untuk meng-Esa-kan Nya dan beramal soleh.

4. Pengurusan masa kepada akhiratlah yang sebenarnya di maksudkan di dalam ayat satu pada surah Al-Asr.
-Berapa banyak masa pun yang kita habiskan untuk dunia akhirnya kita akan menuju negeri akhirat setelah mati. Maka persiapkanlah bekal yang akan di bawa ke sana selagi kita masih bernyawa.

BerTaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar Taqwa!
Ya Allah! ampunilah dosa-dosa kami dan jadikanlah kami kuat beribadah kepada-Mu. Amiin.

Baca pula:
Taqwa kepada Allah
PETUNJUK BAGI ORANG YANG INGIN BERTAQWA

%d bloggers like this: