SAMAK
Kitab Zadul Mutaallim (Bekalan Pelajar)
Ibnu Aqil.
suntingan jawi ke roman oleh: Mohamad Hakim bin Tastik
Adapun sekalian kulit-kulit bangkai itu, jadi suci ia dengan di samak termasuklah kulit bangkai binatang yang di makan dagingnya seperti kerbau dan lembu dan binatang yang tidak di makan dagingnya seperti harimau dan beruang.
KELAKUAN MENYAMAK
Iaitu membuang sekalian yang terlekat pada kulit itu yang membusukkan seperti darah, daging, lemak dan sebagainya dengan sesuatu yang tajam (yakni boleh menanggalkan kotoran yang tersebut) seperti buah manjakani atau yang seumpamanya dan najis benda itu sekalipun seperti tahi burung merpati.
Adapun kulit anjing dan babi dan diperanakkan daripada keduanya atau salah satu daripada keduanya maka tidak suci dengan menyamak.