Tahun baru Hijrah

TAZKIRAH JUMAAT USTAZ JAZLAN

Oleh: Mohamad Hakim Bin Tastik

Nota tazkirah yang sempat dicatatkan sepanjang mengikuti Tazkirah Jumaat pada pagi tadi yang disampaikan oleh Ustaz Jazlan di Kompleks 3C Bandar sunway.

Doa awal tahun dan akhir tahun adalah penting yang menunjukkan kita bersyukur panjang umur yang di anugerahkan Allah swt.

Allah cipta kita kerana:

1.Tidak menghidupkan kita dengan sia-sia, supaya kita dapat menambah amal ibadat kepada-Nya.
2.Allah hendak ampunkan dosa kita apabila kita memohon ampunan-Nya.

Allah tenangkan kita, sifat ketenangan adalah salah satu sifat di dalam syurga yang dikurniakan-Nya.

Bersyukur allah mudahkan segala urusan kita:

1.Urusan agama menjadi nikmat apabila kita perbuat.
2.Setiap yang hidup Allah akan uji dengan kelaparan, kesusahan untuk melihat siapa yang bertaqwa kepada-Nya, ujian itu adalah untuk di tinggikan darjatnya.

Kita perlu azam yang baru, yang mesti ada 6 perkara:

1.Niat yang betul; khususkan niat kita nak jadi baik itu tentang apa? contohnya saya inginjadi isteri terbaik atau saya ingin jadi pendidik terbaik. Jangan berniat secara umum sahaja, contohnya aku ingin jadi baik.

2.Menjadi Orang yang soleh atau solehah;
dasarnya orang beriman itu ada 3 perkara: Betul imannya, Betul akhlaknya dan Betul agamanya.

a-Tanda orang yang soleh ada 3 yang dapat diikuti iaitu;
I-melalui amalan lisan; setiap pergerakan kita dahului sebut nama allah.
II-melalui amalan badan; waspada sentiasa jangan sampai badan ini sebagai sebab kita tercampak ke neraka.
III-melalui amalan hati; sentiasa ingat allah dan zikir berterusan.

b-Awasi syaithan; terdapat 17 pintu mudah didekati syaithan dan terdapat 13 pintu untuk kita menjauhi syaithan.

c-Bulan dilarang perang dan berlaku zalim; muharam, rejab, zulkaedah dan zulhijjah.

d-Dengan amalan kita Allah sembunyikan redha dalam taat kita, dengan rahmat-Nya barulah kita dapat masuk syurga. Mudahan di dalam salah satu ibadat kita itulah yang diterima Allah swt.

e-Allah sembunyikan 1 nama allah di dalam al-quran, oleh sebab itu kita kena baca quran selalu atau khatamkan quran selalu.

3.Musuh kegagalan kita berbuat ibadah:
Dalam diri kita allah beri kita seketul darah, jika baik darah itu maka baiklah kita, tetapi jika ia jahat maka jahatlah ia, itulah Hati.

-syaithan akan masuk dalam hati kita setiap pagi hari untuk melihat apakah kejahatan terakhir hari sebelumnya yang kita perbuat, dan akan membisikkan hati meneruskan perkara kejahatan itu.

-Barang siapa menjadikan syaithan sebagai teman, itulah teman yang paling seburuk-buruknya.

13 Pintu Dijauhi Syaithan dan Tipu dayanya:

1.Bacalah Bismillah pada setiap perkara kita lakukan.
2.Berzikir (mengingati) dan istighfar (bertaubat) selalu kepada Allah swt.
-Allah selamatkan pada 2 masa (siang dan malam) siapa yang membaca Asmaul Husna dari tipu daya syaithan.
3.Perbanyakkan membaca Laailaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimin.
4.Jangan lupa membaca doa pagi dan petang hari;
-mohonlah apa sahaja, sebaiknya mohon juga keselamatan, kekalan amalan dan dijauhi malapetaka.
5.Sentiasalah berjamaah;
-apabila kita jadi imam; pendekkan surah yang di baca, jika ingin baca surah yang panjang hendaklah tanya makmum dahulu. kerana makmum ada pelbagai, ada yang sakit, ada yang uzur dan sebagainya.
-Perempuan lebih afdhol solat di rumah, lelaki lebih afdhol solat di masjid.
-jika ingin rumahtangga bahagia buat selalu amalkan solat berjemaah sekeluarga.
6.Wudhu’ sebelum tidur;
-kemudian Bacalah ayat kursi, alaq dan an-nas.
-waktu tidur itu ialah selepas isyak.
7.kurangkan mendengar lagu-lagu yang lalai kepada Allah;
-ada yang tengok kensert sampai tidak solat.
8.Ingat batasan aurat lelaki dan wanita di jaga;
-Bersukan pakailah seluar panjang dan longgar.
9.Bacalah Taawwuz iaitu A’uzubillahiminasyaithanirrajim.
10.Hendaklah masuk bilik air bacalah doa keluar dan masuk tandas dengan didahului Taawwuz.
11.Kekalkan hati kita di dalam Majlis Ilmu;
-awas, Sekali kita tinggal perkara baik, kita tidak akan rasa rugi tinggalkan untuk kedua, ketiga dan kali seterusnya.
12.Jaga kebersihan.
13.Sentiasalah Mohon ampun (istighfar) kepada Allah, Insyaallah kita dijauhi dari tipu daya syaithan.

%d bloggers like this: