Resipi Sambal Tahun

SAMBAL TAHUN

BAHAN-BAHAN:

1 genggam cili api (buang tangkai)
1 genggam lengkuas yg telah di potong
1 biji kelapa parut lebih lagi bagus
Garam ikut rasa sedikit Daging potong bentuk kiub
Kerang yg dikopek
Boleh juga ditambah ayam dan udang kalau mahu

CARA:

1.Perah kelapa ambil santannya
2.Sediakan periuk tanah, periuk biasa pun ok.Masukkan semua bahan dlm periuk.
3.Kemudian masak hingga kering, Kacau selalu.
4.Didihkan lagi dalam 2 hari, baru sedap dimakan.
5.Bila bahan di atas makin kurang sila tambah,dan didihkan lagi.

Cadangan Hidangan:

Sambal ni hanya dimakan sikit2 bersama nasi panas. Ianya adalah hidang sampingan. Ia memang pedas tapi sedap.

Tambahan:

Resepi ini di masak dalam tempoh yang lama,ikut orang dulu-dulu hingga menjangkau tahun.Kena rajin tambah bahan-bahan tiap kali kurang…makin lama di masak makin sedap dan pedas.

Kiriman: cahayamata Sumber: resepi.mesra.net

Advertisements
%d bloggers like this: