KELEBIHAN DAN KHASIAT BUAH KURMA
1. Kaya dengan zat besi – sangat sesuai dimakan, terutama bagi
wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia
(kekurangan sel darah merah).
2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi
kolesterol.
3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua
hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A
dan C, sodium dan potassium.
4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga
segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan
kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan
kita makan secara berlebihan.
5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang
daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan
meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah
barah buah dada dan rahim.
6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan
kadar degupan jantung.
7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan
mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses
berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah
kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.