KAEDAH CENGKAMAN DAN KEMUTAN BUNGA
Bab ini membincangkan soal seni kemutan bunga ketika bersama. Di dalam sesetengah masyarakat tradisional, bakal pengantin perempuan akan diajar teknik-teknik mengemut bunga supaya ianya dapat mencengkam dengan baik sewaktu bersama. Kemutan yang kemas mendatangkan rasa nikmat yang maksima bukan saja kepada suami, malahan juga kepada isteri melalui rangsangan dari geseran yang lebih berkesan kepada kepala kayu manis suami dan dinding rahim isteri. Kemutan yang kemas dan bersistem membantu melambatkan inzal suami disamping menolong cepatkan inzal isteri. Dengan cara-cara tertentu juga, isteri boleh merangsang suami untuk cepat inzal jika perlu.
Ada 2 cara latihan yang jika diamalkan selalu boleh membantu isteri mempunyai otot bunga yang mampu mengemut dengan baik
Latihan otot qubul [ buang air kecil ]
– dilakukan seolah-olah menahan kencing. Kemut dan tahankan kemutan itu beberapa saat, kemudian lepaskan. Ulangi sebanyak 20 kali sehari, setiap hari. Latihan ini boleh saja dilakukan diwaktu santai atau ketika memandu atau sewaktu di tempat kerja.
Latihan otot dubur [ buang air besar]
– dilakukan seolah-olah menahan najis. Lakukannya 20 kali sehari selepas melatih otot pertama/qubul
Teknik-Teknik Cengkaman dan Kemutan Bunga
Kemutan Beserta Diam
Dilakukan apabila suami mendiamkan kayu manisnya tanpa berdayung. Kemutan yang dilakukan apabila suami berehat sebentar dalam keadaan kayu manis diberhentikan dari berdayung dan diredamkan di dalam bunga akan memberi rasa cengaman yang hebat kepada suami, dan ketika itulah suami akan merasa bagaimana bunga itu memegang dan melepaskan cengkamannya pada kayu manis.
Kemutan Beserta Sorong
Kemutan apabila suami menyorongkan kayu manisnya. Kemutan yang dilakukan apabila suami menyorongkan kayu manisnya dalam dayungan dan melepaskan kemutan itu semasa suami menarik kayu manisnya akan mempercepatkan suami inzal maninya atau ejakulasi. Ini dilakukan jika suami adalah lelaki yang tahan lama apabila bersama, atau sekiranya keadaan lubang bunga terlalu licin akibat air mazi isteri yang banyak keluar atau apabila liang rahim longgar akibat banyak kali bersalin.
Kemutan Beserta Tarik
Dilakukan semasa suami menarik kayu manisnya akan membantu suami lambat inzal dan mempercepatkan orgasme pihak isteri. Gerakan suami menarik kayu manis dalam dayungan yang dibantu oleh kemutan bunga isteri akan mengurut batang kayu manis ke arah hujung atau kepala kayu manis – dan ini membantu melambatkan inzal suami.
Sebaliknya bagi isteri, apabila mencengkam kayu manis yang sedang ditarik dari liang bunga akan menerbitkan rasa nikmat yang maksima dalam bersama. Nikmat ini akan terasa lebih hebat lagi jika tempo suami menarik lebih pantas daripada ketika menyorong kayu manis.