Kiamat semakin hampir

10 TANDA-TANDA KIAMAT

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?”
Lalu kami menjawab, “Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat.”
Sabda Rasulullah S.A.W. “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

• Asap

• Dajjal

• Binatang melata di bumi

• Terbitnya matahari sebelah barat

• Turunnya Nabi Isa A.S

• Keluarnya Yakjuj dan Makjuj

• Gerhana di timur

• Gerhana di barat

• Gerhana di jazirah Arab

• Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan ‘Ini adalah orang kafir’.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu ‘Ini adalah orang yang beriman’. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah ‘Ini adalah orang kafir’.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, ” Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq”

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah.

Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”

Sabda Rasulullah S.A.W, “Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat.”

DAJJAL Terdapat taburan hadis mengenai Dajjal:

1. Dr Aisyah r.a bhw Rasulullah bersabda:
“Ya Allah, aku berlindung dgn engkau dr azab didalam kubur dan aku berlindung dgn engkau dr fitnah Al Masihi Dajjal”
[HR Bukhari]
2. Dr Abu Huraihah r.a bhw Rasulullah bersabda:
“Tidak akan tiba hari Akhirat hingga ada 2 golongan besar berperang padahal cita-cita adalah sama, hingga muncul Dajjal pendusta yg jumlahnya 30 org kesemuanya dan mendakwa merekalah Rasulullah”
[HR Bukhari]
3. Dr Abu Darda’ bhw Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa menghafalkan 10 ayat dr permulaan surah Al Kahfi, ia dilindungi dr Dajjal”
[HR Imam Ahmad]
4. Dr Abdullah bin Umar bhw Rasulullah bersabda:
“Dajjal itu muncul di tengah umatku, dan ia akan melakukan kemungkarannya selama 40 hari”
[HR Ibnu Mas’ud]
5. “Kamu akan berjuang menentang mereka (arab -musyirikin) dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, kemudian kamu akan memerangi tentera Parsi dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, kemudian kamu akan memerangi tentera Rom dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu , kemudian kamu akan memerangi Dajjal dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu”
[HR Muslim]
6. “Barangsiapa yg menghafalkan 10 ayat terakhir dari surah Al Kahfi, maka itu merupakan perlindungan baginya dari fitnah Dajjal” [HR Imam Ahmad]
7. ‘Barangsiapa yg membaca surah Al Kahfi pd hari jumaat, terlindunglah ia dr segala fitnah selama 8 hari termasuklah fitnahnya Dajjal bila keluar”
[HR Adhia al Maqdasi]

8. Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah saw berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal.”

Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu.”

Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin. Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam (Syria) dan Iraq.”

Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.”

Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.”

9. Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah saw bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Sementara itu, ada pula beberapa riwayat lain mengenai dajjal dan ciri-cirinya yang dapat dirumuskan oleh beberapa penulis yg terdiri drp org pentafsir dan ulama terdahulu, seperti berikut:

1. Dajjal itu tinggal di sebuah pulau. Mereka amat gagah dan besar hingga dikatakan lautan yg paling dalam hanya setakat buku lali mereka sahaja.
2. Kaki dan tanganya dibelenggu dengan rantai dan tiba waktunya mereka dibebaskan dari belenggu itu.
3. Setengah ulama mengandaikan Dajjal itu dr keturunan Yahudi ataupun Bani Isreal.
4. Islam akan ditinggalkan oleh penganutnya dan Al Quran serta Assunnah tidak berperanan lagi, sementara suku kaum dari Arab akan berperang sesama sendiri, hingga Allah menurunkan Dajjal supaya Allah dpt menguji siapa yg benar-benar beriman dan siapa yg kufur.
5. Dajjal itu akan muncul dari sebelah timur.
6. Allah akan memberi kuasa kpd Dajjal dan apa jua yg diperlukannya. Dia berkuasa melakukan segalanya hingga dia boleh menghidupkan orang mati.
7. Dajjal muncul dgn menunggung binatang yg boleh bergerak sepantasnya. Pada dahi Dajjal itu ada tanda kekafirannya dan setiap org Islam akan dpt membacanya biarpun org itu buta huruf.
8. Mata sebelah kanan Dajjal itu buta, Mata sebelah kirinya bersinar seperti bintang.
9. Allah akan memberi Dajjjal segala macam kekuasaan hingga dia boleh memikul syurga dan neraka di atas bahunya.
10. Di antara para pengikut Dajjal dan pembantunya paling ramai ialah wanita cantik dan anak zina, termasuk juga tenteranya dari org Yahudi.
11. Dajjal menggunakan alat muzik dan nyayian sebagai senjatanya. Siapa jua yg mendengar muziknya akan terpesong dan terus mengikutnya, baik yg muda atau tua.
12. Dajjal akan berkuasa meneroka seluruh bumi dan berkuasa memerintah bumi spy menyerahkan kepadanya segala kekayaan isi galiannya. Perintah Dajjal itu dipatuhi oleh bumi dgn senang hati.
13. Dia akan mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Siapa yg lemah imannya dan mematuhi Dajjal, mereka akan dimasukkan ke dalam syurganya (padahal di sisi Allah, itulah neraka). Dan siapa yg kuat imannya dan menolak ajakannya, akan dimasukkan nerakanya (padahal di sisi Allah, itulah syurga).
14. Bila Dajjal berckp, suaranya begitu nyaring hingga penduduk seluruh dunia mendengarnya.
15. Dengan kekuatan dan tenaganya yg luar biasa itu, Dajjal menguasai dunia, dari sekecil-kecil pulau hinggalah sebesar-besar negara. Penguasaannya itu akan berlanjutan selama 40 hari.
16. Ada daerah shj di dunia ini yg tidak dpt dikuasai atau dimusnahkan oleh Dajjal iaitu Mekah dan Madinah.
17. Kemudian Allah akan mengutuskan Nabi Isa a.s , kaum muslimin akan membantu Nabi Isa memerangi Dajjal. Dajjal ditewaskan. (*Terdapat riwayat menyatakan Imam Mahdi membantu Nabi Isa)

______________________________________________________________________

Dari sini, terdapat banyak lagi taburan hadis mengenai dajjal…pd masa depan. Setiap satunya kita kategorikan sebagai hadis Ahad.. Kembali kita dgn satu persoalannya: Apakah dalil mengenai Dajjal ini boleh menjadi Dalil Aqidah ataupun ia lebih dikenali sebagai Dalil Naqli….Maka di sini kita perlu meneliti indikasinya dan memahami, apa yg boleh atau yg tidak boleh dlm memahami sesuatu dalil naqli.

Seperti kita memahami, dalil-dalil yg memenuhi 2 kategori dibawah ini boleh dimasukkan dlm dalil Aqidah @dalil Naqli, iaitu:
1. Qadhi Tsubut. (pasti akan sumber asalnya)
2. Qadhi Dilalah.(pasti akan maknanya dan jelas, tanpa ada membawa byk maksud)

Memandangkan taburan Hadis Rasulullah diatas yg begitu byk sekali (melebihi 7 buah hadis) dan masing-masing dlm kategori hadis Ahad dan dari pelbagai perawi dan periawayatnya TETAPI ianya membawa satu perkara yg sama (iaitu Dajjal). Maka dr Ilmu Hadis, Himpunan/kumpulan hadis-hadis ini kita panggilkan Hadis Mutawatir Bil al Maa’na.

Sebagai contohnya, Hadis Mutawatir Bil al Maa’na ini digunakan pd hadis “Keberadaan Khalifah pd masa Depan”. Setakat ini…kedua-dua perkara (dajjal dan Khalifah) dapat memenuhi Kategori Qadhi Tsubut..iaitu pasti akan sumber asalnya.

NAMUN BEGITU,

Dalil mengenai Dajjal, dari segi Qadhi Dilalahnya, tidak dapat memenuhi kategori tersebut. Dari banyak hadis tersebut(di atas), sukar digambarkan dan bayangkan serta memahami keadaan Dajjal dimaksudkan itu. Samada Dajjal itu dlm keadaan:-
1. Satu makluk Gergasi yg kuat dan mempunyai kuasa luar biasa.
2. Satu individu manusia, yg cacat matanya.
3. Sekumpul manusia yg ganas.
4. Satu negara yg berkuasa dimuka bumi ini.
5. Satu Sistem yg menyeru kpd kemungkaran.
6. Dan Sebagainya.

Dari sini, dalil mengenai dajjal tidak dapat memenuhi kehendak atau piawai kategori Qadhi Dilalah, kerana ia dlm keadaan yg mempunyai makna yang tersirat, mengandungi banyak makna dan tanpa ada keinciannya.

Kalau kita bandingkan, dalil menunjukkan Khalifah akan wujud pd masa depan, memang tergambar sepertimana zaman khalifah terdahulu (terutamanya zaman khalifah Abu Bakar, Umar). Maka ini membawa satu makna dan dalil mengenai khalifah memenuhi kategori Qadhi Dilalah. Maka ini boleh dijadikan dalil Aqidah ataupun Dalil Naqli.

Secara rumusannya, dalil mengenai Dajjal adalah bersifat ZANNI. Tidak sampai keyakinan 100% dan tidak boleh menjadi dalil Aqidah ataupun dalil Naqli. Dalil mengenai Dajjal hanyalah satu bentuk Perkhabaran sahaja.

Kesan Akibat jika dia menjadi dalil Aqidah.

Jika seseorang (A) mengatakan Dajjal itu berbentuk gergasi bermata satu, yg menjadi keyakinan 100% mengenainya…Tiba-tiba datangnya seseorang lagi (B) mengatakan dan membantah kenyataan si A dgn mengatakan dajjal itu adalah individu yg mengetuai negara Yahudi/kufur…yg mempunyai keyakinan 100% mengenainya. Mereka pun membantah antara satu sama lain. Silap-silap mereka kafir mengafir diantaranya. Ini kerana, dalil mengenai Dajjal menjadi Dalil Aqidah. Sedangkan kenyataan mereka berdua itu masih berbentuk Zanni..samada benar atau salah…itu tidak menjadi masalah dlm aqidah mereka. Inilah problemnya. Dalam btk perkhabaran yg tak pasti ini…tentu saja ada bergantung kpd teka-tekaan/ dugaan belaka.

Sekian, untuk kebaikan semua

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: