Resipi Pengat pisang

BUBUR PISANG ISTERIKU

BAHAN:

5 biji pisang berangan cukup masak
1 keping gula melaka
1 sudu gula
1/2 cawan air putih
1 1/2 cawan santan kelapa
1 sudu madu
1 helai daun pandan

CARA:

Pisang di buang kulitnya.

Air dan santan di masak sehingga mendidih selepas itu masukkan pisang.

Pabila pisang separuh masak kemudian masukkan gula melaka, gula dan madu dan kacau sehingga sebati.

Akhir sekali masukkan daun pandan supaya wangi masakan itu dan siap hidangkan.

Selamat mencuba!

%d bloggers like this: