SIAPAKAH KITA SEBENARNYA ?
Tidak berniat menunjuk pandai & sempurna hati.
Hanya bagi mengingati sendiri dan meningkat jati diri.
1. Kita lebih gembira sambut 1 Jan dari 1 Muharam. berpuasa dalam Rejab
2. Kita lebih tahu apa itu 14.Feb dari 12 Rabiul Awal.
3. Kita lebih besarkan Sabtu dan hari minggu dari hari Jumaat.
4. Kita lebih khusyuk mendengar lagu dari mendengar Seruan.
5. Kita lebih suka lepak, tidur dan menonton tv dari Sembahyang.
6. Kita lebih tahu tentang artis pujaan daripada Nama Nabi-Nabi ALLAH.
7. Kita lebih suka dan bangga menyebut hello & hai, dari memberi ucap salam.
8. Kita lebih suka mendendang berlagu dari berwirid, bertahmid.
9. Kita lebih suka marah memaki dan mengumpat orang dari memuji dan menerima kekurangan sesama kita.
10. Kita lebih utamakan urusan dunia dari mengurus ibadat buat bekalan ke Akhirat.
Lalu apabila orang bertanya arah tujuan kita, kita pasti menjawab: KITA SEBENARNYA…
atau KITA MELIHAT… KITA BERPENDAPAT… blah blah blah… excuse merata,
semuanya tidak perfect belaka, lalu kita lantas salahkan RAJA, salah CUACA… sehingga salah AhliJawatanKuasa…termasuk semua tak kira siapa, akan apa saja JARANG SEKALI nak kata SALAHKAN DIRI KITA SENDIRI.
Semua insan lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka.
Namun, kita selalu kata masuk syurga tapi amal bekal ke syurga tak pernah hendak buat,
kalau buat pun sikit-sikit dan tidak berapa ikhlas, kekadang kita suka amal kita disebut-sebut.
Layakkah kita di terima Syurga?