DR FADHILAH KAMSAH: CARA MENDIDIK ANAK
Assalammualaikum……
masa saya kecik2 dulu, mak selalu
sangat suruh saya habiskan belen2 nasik yg dia makan …
dan pagi2 sebelum pergi sekolah,
mak akan tuangkan air teh untuk saya minum dalam cawan yang dia dah minum
sebelum tu dan macam biasa, mesti ada sikit baki … tapi tidaklah everytime..
secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu .
dan sampailah saya dah besar panjang ini pun situasi ini still
berjalan…either baki makanan mak atau abah …
tapi kalau baki makanan anak2, memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk
habiskan…kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain …
samada kami perasan atau tidak ….so satu hari tergerak nak tanya pasal isu ini pada mak …
akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu
petua yg dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri … arwah tok pompuan kami lah
sebelah abah … mak kata, supaya hati anak2 sentiasa melekat pada mak bapak… dan saya sendiri akui kesannya …
makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas lihat mak bapak kita yang makin tua
itu.. kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu sahaja.
namanya nak menjawab balik memang tidak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan, sudah ada anak sendiri esok … jangan sekali2 makan lebihan makanan anak … samalah ceritanya ..
dan mak kata jugak, pagi2 jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3 kali dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ..
dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib, mereka2 ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka … solat berjemaahlah dengan anak2 tiap kali waktu maghrib … kalau ada lebih dari sorang anak, suruh seorang azan dan sorang qiam … kemudian berganti2 bacakan doa lepas solat… ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang …
saya personally memang cukup malu kalau tidak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara pratiknya, inilah yang paling paling paling berkesan sekali … tak percaya try buat.. solat jamaah dengan anak2 setiap kali maghrib … dapat semua waktu lagi baik…
sangat besar ‘rahsia’ dan peranan dapur rupa2nya…dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari,
tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita”.
Just to ambil iktibar untuk mendidik diri dan family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it’s good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better than
those who listen to him directly…
Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses.