ISTILAH RUJUK DALAM PERKAHWINAN
Hukum Rujuk
Rujuk dalam Ugama Islam bermaksud kembali semula kepada perkahwinannya yang asal dalam masa Idah setelah diceraikan oleh suaminya dengan talak Raj’ie(yang diceraikan dengan talak satu atau dua sahaja).
Hukum Rujuk adalah mengikut perubahan sebab dan keadaan ketika talak dilafazkan yaitu Wajib rujuk apabila suami telah menceraikan isterinya pada masa nifas atau haid, kerana dikira sebagai Talak Bid’ie.
Sunat Rujuk bagi memperbaiki semula hubungan suami isteri, tidak menyakitinya dan menghilangkan rasa kesunyian.
Rujuk hukumnya Harus jika rujuk yang hendak dibuat itu hanya kerana nafsu dan keinginan kepada isterinya. Bukan tujuan mahu perbaiki hubungan suami isteri.
Makruh untuk rujuk apabila hukum Talak itu Sunat, yakni contohnya jika isterinya bermulut celupar pada jiran atau mertua dan suami menceraikan dengan sebab celuparnya.
Haram Rujuk hukumnya jika Talak itu hukumnya wajib.Yakni jika isterinya seorang yang buruk perangai, setiap ajaran teguran yang baik tidak memberi berkesan.
Selain itu, Rujuk yang dilakukan tanpa memaklumkan kepada isterinya adalah Sah seperti juga Talak yang dijatuhkan dengan suka tanpa pengetahuan isterinya.