Hantaran kahwin orang melayu

HANTARAN KAHWIN

Untuk mereka yang bakal/berhajat nak kahwin…. yang dah lepas tu,
mungkin nak tahu juga sebab musababnya…..

Zaman sekarang ni kan; hantaran makin naik harga.
Maklumlah; kata orang ikut market price.
Kalau harga emas naik; naik lagi harga bakal-bakal bini.
Tak ikut market price nanti orang kata kedekutlah; sengkeklah;
tak mampu jangan ada hati nak kahwinlah;

Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah perempuan. Bapak selalu
ikutkan saja; ni semua kerja orang perempuan. Kadang-kadang ada juga
perempuan sendiri yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak.

Mengikutsurvey; sekarang paling minimum RM6000. Hantaran RM5000;
RM4000 masih adajuga; tapi dah boleh kira pakai jari tangan je.
Yang ada hantaran kira okay lah; tapi ada serba satunya lagi.
Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.

Kat sini ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal.
Hah…bacalah :-

Sebab:
1. Anak perempuan sorang
2. Anak perempuan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak perempuan paling jambu dalam family
4. Anak perempuan kerja high post
5. Anak perempuan biasa pakai barang branded
6. Anak perempuan yang tastenya … berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
8. Anak perempuan yang rasa dirinya …. lengkap segala-gala
9. Bapak perempuan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif
10 Anak perempuan tu pun jenis ek … semacam je .

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau
sangat (ni diorang berbual antara family lelaki je):-

1. “Eh! Nak meniaga anak ke ape?” Kadang tu mak bapak ok je si anak
pulak lebih-lebih
2. “Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asyik pandai
mekap je.”
3. “Camni bilang diorang simpan anak itu dalam store buat perhiasan.”
4. “Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu tak apa juga. Ni hidung pesek
macam kena lenggek je.”
5. “Apa diorang ingat kita sedara Bill Gates ke?”
6. “Lupakan sudah budak perempuan tu. Nanti mak cari kan yang lebih
power dari Catherine Zeta-Jones eh?”

Kata-kata dari sebelah perempuan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-

1. “Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambil je. Member
tak cerewet.”
2. “Tak apalah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu
bayar pelan-pelan cara instalment.”
3. “Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua
kita sponsor.”
4. “Pasal sekarang ni musim grand sale sana sini; jadi kita ada staff
discount. Korang cuma kasi 10% je.”
5. “Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambil free pun tak apa. Anak
perempuan kita ramai lagi.”
6. “Apakata kalau korang ambil kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap
sama. Kira 2 for the price of 1 lah. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin.”

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak habis punya;
jawapannya:

1. “Okay setuju. Kita up lagi $10,000. Nothing much lah.”
2. “Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita
punya expectation la.”
3. “Ni hantaran kira Rupiah ke RM? Kita cuma simpan American dollars je.”
4. “Kita tak kasi pakai cash la. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke;
boleh kata semua credit card kita adalah.”
5. “Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta
Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu.”
6. “Ni korang minta hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju
tidur. Murah nah?”

Haa… itulah beberapa kera nah orang Melayu kita ni. Jadi untuk
pasangan-pasangan yang nak kahwin tu; bincang betul-betul antara korang
dengan family dalam hal ni.

Mak perempuan tu pun kalau nak letak harga; berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki.
Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal-mahal.
Hati sudah suka punya pasal; semua boleh saja. Cukup time badan cengkung-mengkung
tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit.

Tetapi itulah orang Melayu, semuanya kalau boleh nak buat ‘grand-grand’…

walhal RASULLAH S.A.W sendiri bersabda bahawa cukuplah kita bersederhana
dalam semua hal dan sebaik-baik maskahwin adalah yang paling murah maharnya.
Oleh itu, buat sesiapa yang planning nak berkahwin dalam masa terdekat ni,
usahlah membazir. Yang penting, BIAR BERKAT DAN SELAMAT.

Advertisements
%d bloggers like this: