Resipi Biskut badam bersusu

BISKUT BADAM BERSUSU

Oleh: kakakku Faridah

BAHAN:

1 cawan tepong gandum
1 tin rendah susu pekat manis
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan kurma cincang
1 cawan badam cincang
1 sudu kecil baking powder (serbuk penaik)

CARA:

Gaulkan semua bahan kecuali susu sehingga sebati, kemudian barulah dimasukkan susu.

Loyang sapukan planta atau marjerin supaya adunan tidak melekat apabila masak.

Bahan yang telah sebati masukkan ke dalam loyang dan bakar dalam oven.

Tanda mulai masak adalah di atas bahan adunan mulai tidak melekit dan sekeliling tepi loyang sudah lekang dan adunan mulai berbau wangi.

Selamat memasak!

Advertisements
%d bloggers like this: