Cantiknya wanita syurga

CIPTAAN TAMBAHAN:WANITA-WANITA SYURGA

Abu Said Al Khudri r.a berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang lelaki dari ahli syurga duduk diam di dalam syurga selama tujuh puluh tahun ia sama sekali tidk merasa bosan, lalu datang kepadanya calon isterinya, maka lelaki itu melihat wajah dirinya terlihat jelas pada pipi wanita yang bersih bak kaca itu, dan sesungguhnya mutiara terindah yang dipakai wanita itu dapat menerangi timur dan barat. Maka wanita itu mengucapkan salam, ia pun membalasnya. Lalu lelaki itu bertanya: “Siapakah engkau ini?” Wanita itu menjawab: “Hamba adalah ciptaan tuhan dari yang tambahan.” Dan sesungguhnya wanita itu memakai tujuh puluh lapis pakaian yang terindah, diperbuat dari kain-kain yang berasal dari pohon Thuba, sekalipun demikian sumsum kakinya nampak dari luar dagingnya. Ia memakai Mahkota, yang mutiara terindah diantaranya dapat menerangi tumur dan barat.

Ucapan wanita itu “Ciptaan dari tuhan yang tambahan” iaitu menerangkan dari firman Allah: “Disana mereka memperoleh apa saja yang mereka kehendaki dan di sisi Kami masih ada tambahannya” –Surah Qaf ayat ke 35.
(Riwayat Ahmad dan Abu Ya’la)

Ibnu Umar r.a berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:”Sesungguhnya para Isteri ahli syurga akan menyanyi di hadapan suaminya dengan suara yang belum pernah mereka jumpai semerdu suara itu, di antara nyanyian mereka yang dinyanyikan adalah:

Kami adalah wanita cantik jelita
Isteri-isteri yang mulia-mulia
Mereka menonton kami dengan pandangan penuh kesenangan.

Dan di antara nyanyian-nyanyian lain yang dinyanyikan iaitu:

Kamilah wanita yang hidupnya kekal tidak mati selamanya
Kamilah wanita yang dipercayai, tidak kenal khianat selamanya
Kamilah wanita yang selalu tinggal dirumah,
Tidak akan berkeliaran ke mana-mana.”
(Riwayat Tabrani)

Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Golongan pertama yang memasuki syurga adalah kaum yang berwajah terang bagai bulan purnama, sedang yang berikutnya berwajah bagai bintang yang terang di malam hari, dan bagi masing-masing dari mereka mempunyai dua orang isteri dari bidadari yang sum-sum kakinya terlihat dari luar dagingnya, sedang di syurga tidak ada orang bujang.”

Anas bin Malik r.a berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Sekali pergi di jalan Allah adalah lebih baik pahalanya daripada dunia dan serta isinya. Dan sesungguhnya tempat panah ahli syurga adalah lebih baik dan lebih berharga dari dunia dan segala isinya. Dan sekiranya seorang wanita ahli syurga menjengukkan wajahnya ke dunia, pastilah dunia ini akan dipenuhi bau keharuman, dan sungguh dunia menjadi terang benderang, dan sesungguhnya tudung yang dipakainya adalah lebih berharga dari dunia serta isinya.”
(Riwayat Bukhari)

Advertisement
%d bloggers like this: