Tanggungjawab rumahtangga

PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

Di dalam suatu ikatan perkahwinan;

KEWAJIPAN SUAMI

– membayar mahar.
– adalah sebagai ketua pemimpin tulang belakang bagi keluarganya.
– menggauli isteri dengan cara yang baik.
– hendaklah memberi nafkah (makan, minum, pakaian dan pendidikan) mengikut kemampuan untuk isteri dan anak-anaknya.
– perlu menyediakan tempat tinggal yang sesuai untuk keluarganya.
– berhak menegah isteri dari bermusafir tanpa mahramnya bersama.
– berhak menghalang isteri keluar rumah jika menunjukkan aurat dan perhiasannya kepada orang lain.
– mendidik dirinya, isteri dan anak-anak menjadi baik.
– bersikap adil terhadap semua isteri jika berpoligami.

Surah annisa ayat 34 : ‘ Apabila seseorang isteri mulai kelihatan tanda akan menderhaka suami, hendaklah diperbetulkan melalui 3 peringkat; pertama, beri nasihat dan petunjuk. Kedua, hendaklah tinggalkannya dari tidur bersama-sama. Ketiga, jika tidak berjaya suami berhak memukulnya dengan pukulan yang tidak mencederakannya.

KEWAJIPAN ISTERI

– hendaklah sentiasa menjamin keselamatan rumahtangga suaminya dan tidak membenarkan lelaki lain masuk ke rumah tanpa izin suaminya.
– bertanggungjawab menjaga ketenangan, kehormatan maruah dan harta benda suami.
– hendaklah mengurus rumah dengan baik.
– tidak boleh keluar rumah tanpa izin suaminya melainkan tujuan yang dibenarkan oleh syarak seperti menziarahi kedua ibubapanya.
– hendaklah mentaati suaminya selagi tidak menyuruh melakukan maksiat, kejahatan dan larangan Allah.
– meminta izin suami sekiranya ingin berpuasa sunat.

HAK BERSAMA

– mendalami ilmu Fardu Ain
– berbincang bersama dan mencapai kata sepakat dalam semua perkara.
– jujur dan saling memaafi.
– tolong menolong bagi hal kebajikan.
– Solat berjamaah sekeluarga.
– menghormati dan mengeratkan silaturrahim bagi kedua pihak dan mertua.

HIKMAT PERKAHWINAN

– Melahirkan ketenteraman jiwa.
– Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan kasih sayang.
– Menjauhi dari terjerumus ke lembah maksiat dan perzinaan.
– Melahirkan zuriat yang baik dan bersih.

Advertisement
%d bloggers like this: