Panduan beli enjin Halfcut

TIPS CARI HALFCUT ENGINE

1) Buka radiator cap. pastikan air dalam tu berwarna hijau cantik punyer…lepas tu jangan tutup…biar saja terbuka…pastikan air dalam tangki spare cukup…

2) Buka oil cap. tengok keadaan dalam enjin samada berkarat atau kekuningan…kalau karat, bermakna enjin sudah lama tak hidup…kalau kuning, ok la tu…kalau depan kesan hangus…(bau minyak hangus) sendiri mau ingat

3) tarik deep stick…lap 1x…tengok ada kesan minyak tak…(biasa kalau ada akan jadi berbelang)…kalau ada belang tu…maksudnya enjin sudah lama tak hidup atau minyak enjin sudah lama tidak tukar

4) kalau enjin turbo…cuba lihat sekeliling turbo (terutama pada bahagian ekzos) samaada leaking atau tidak…kalau leaking…takyah ambil…

5) biasanye halfcut, ade ekzos separuh…korbankan sikit tangan korang yang bersih tu, “colek” sikit pada bahagian dalam ekzos tu…tengok ada minyak ke tidak…kalau ada minyak…(atau kesan minyak enjin)…maksudnya valve seal sudah bocor…

6) tengok mileage…(jangan percaye sangat nih, ada juga yang meter pusing)

7) perhatikan juga sekeliling head dan rocker cover…kat sini biasa ada banyak habuk melekat, jadi hitam…tu takpe…boleh cuci…tapi..kalau basah dengan minyak, tak payah ambil…

8) apabila korang dah betul2 puas hati dengan kriteria2 di atas, barulah korang suruh dia start enjin…dengar dia punya autochoke, jalan ke tidak…rpm akan jadi tinggi masa autochoke nih on…

9) kat item 1 tu, aku cakap jangan tutup radiator cap kan?…ha…masa enjin baru nak start ni lah banyak rahsia tentang enjin tu yg boleh korang tau…tengok samada air dalam raditor tu, melompat keluar ke tidak…kalau melompat jek…korang suruh tokey tu matikan enjin, simpan balik halfcut tu, takyah ambil…confirm banyak problem halfcut tu…lepastu korang biar je sambil tengok air dalam radiator tu, kurang atau tidak…dalam masa yg sama, tengok dekat ekzos, mesti ada sedikit asap warna putih atau hitam (normal ni, sebab pembakaran belum lengkap, enjin tengah sejuk) dan sedikit air akan meleleh atau merecik melalui ekzos…ini tandanya….enjin tersebut berada pada tiptop condition…

10) perkara yg paling PENTING sekali masa beli halfcut ni, biar enjin hidup sampai kipas automatik jalan sendiri…jangan buka air cond dulu…biar dia jalan dulu…lantakla kalau tak cukup minyak pun…suruh tokey tu tambah lagi petrol tu…cakap la yang kita nak beli…dia mesti layan punya…dengar betul2 dia punye idling, elok ke tidak…

11) bila kipas dah pusing…em…kalau boleh biar sampai cut…tengok ada semput ke tidak…kalau semput…mintak turun harga,…mungkin plug sudah tidak elok…(sampai stage ni, korang mesti beli, kalau tak beli, hah, siap la korang kena hamun dengan tokey tu…

12) lepas tu…barulah korang cek functional setiap controller…aircond, lampu hujan, lampu besar, lampu highbeam, signal-yang penting nyala, kelip ke tak kelip ke, bukan salah lampu tu, sebab signal belakang takde, so relay jadi tak betul, lepas tu tengok lampu2 meter, temperature tu jangan lupa, jangan lebih separuh, jam,…kalau salah satu dari pada ni tak function, mintak turun harge kaw2 punya…

13) pastikan korang dapat complete with rear disk brek c/w absorber, tangki minyak, dan floor mat…kalau takda, mintak turun harga lagi…

yang penting sekali…..lepas hidupkan engine…biarkan lebih kurang 5minit lepas tu tekan clutch….kalau rpm drop maknanya main bearing dah lingkop.

Pandu Cermat Jiwa Selamat..

Advertisements
%d bloggers like this: