Bilangan Lok Keris

KERIS MELAYU

Dalam seni pembuatan keris melayu, Bilangan Lok keris yang terdapat pada keris dipercayai melambangkan status dan kedudukan pemiliknya yang tertentu.

Berikut adalah lambang tertentu bagi lok keris:

LOK BERMATA LURUS
Melambangkan kesetiaan, ketegasan dan sukar dipengaruhi. Lazimnya lok bermata lurus keris di gunakan sebagai keris adat istiadat.

LOK TIGA
Lazimnya digunakan oleh pahlawan dan panglima.

LOK LIMA
Melambangkan kelancaran bicara pemiliknya dan boleh mempengaruhi orang melalui bicaranya.

LOK TUJUH
Melambangkan wibawa pemiliknya dan berkarisma dalam pemerintahan.

LOK SEMBILAN
Melambangkan pemiliknya bijaksana dan mempunyai sifat kepimpinan tinggi.

LOK SEBELAS
Melambangkan pemiliknya bercita-cita tinggi dalam mengejar kemajuan social dan sesuai dimiliki oleh orang yang telah bekerja dan berumah tangga.

LOK TIGA BELAS
Melambangkan pemiliknya sanggup mempertahankan apa saja yang sudah dimilikinya.

Dikatakan lok keris yang melebihi lok tiga belas adalah keris itu tidak sempurna.

Advertisements
%d bloggers like this: