Menjunjung adat Melayu lama

APA ADA PADA TEPAK SIREH?

Rasa bertuah rasanya saya lahir sebagai anak jati Malaysia ni, Hidup dengan kira-kira jutaan penduduk di sini, terdapat pelbagai berbilang bangsa dan adat resam unik yang dapat dilihat di sekeliling di seluruh Negara. Diantaranya termasuklah kaum murut, kadazan, iban, bugis, orang asli, banjar dan lain-lain lagi.

Sebagai orang melayu saya nak berkongsi tentang salah satu adat resam yang sangat terkenal diguna pakai dari zaman dahulu walaupun kini agak kurang sedikit adat resam Tepak Sireh ini untuk dilihat tetapi masih ada juga yang mengamalkannya. Jikalau ada pun hanya pada hiasan Sireh Junjung sahaja yang masih kelihatan dalam majlis-majlis perkahwinan melayu ini ketika ini.

Mari kita lihat apa sebenarnya benda yang ada pada sekotak Tepak Sireh ini, dan apa yang di maksudkan dengannya yang tersurat dan tersirat disebaliknya yang selalu ada dirumah orang-orang melayu lama dan sentiasa disajikan kepada tetamu yang bertandang ke rumahnya serta ia menjadi suatu perkara yang amat penting perlu ada dan di ambil kira di dalam suatu adat kebudayaan majlis perkahwinan orang melayu yang di pandang tinggi.

Pantun Menjunjung Adat:

Ikan berenang di dalam lubuk, ikan belida dadanya panjang,
Adat pinang pulang ke tampuk, Adat sireh pulang ke gagang.

SIREH

Pokoknya tumbuh renek dari jenis melilit dan memerlukan sandaran. Selalunya dianggap membawa maksud berhati mulia, rendah diri, berani dan tidak mudah berputus asa demi mencapai segala cita-cita yang diingini.

PINANG

Pokoknya tumbuh lurus ke atas dan berbuah lebat dalam setandan. Buahnya dari jenis bulat dan perlu dikopek untuk mendapatkan isinya yang berwarna coklat , keras dan kelat rasanya.

Pokok ni ada banyak kat belakang rumah kita dulu-dulu kat kampong, tapi sekarang dah tinggal beberapa pokok je abis suma kena tebang akibat nak tanam pokok pisang..hmmm..pisang punya pasal..heheh..
Pabila dibelah dua maka nampaklah empulurnya atau hatinya yang putih. Melambangkan keturunanyang baik-baik, berhemah tinggi dan berhati suci.

KAPUR

Didapati dari kerang atau batu kapur. Rupanya bersih dan dengan secalit dapat memberi rasa payau dan hangat pada sireh. Boleh melecur lidah jika terlebih makan. Melambangkan hati yang tulus suci tetapi boleh memberontak jika di cabar.

GAMBIR

Diperolehi dari daun gambir yang di rebus dan di saring. Rasanya kelat pahit memberi maksud hati cekal seorang insan.

Pokok ini sangat susah sudah untuk di jumpai di tempat saya, khabarnya negeri Sarawak kaya dan banyak serta senang nak dapat, betul ke ini? Tidak tahulah kena nak tanya orang sana ni, juga amat berfungsi untuk kesihatan kaum adam.. Jangan salah guna ye.. heheh..

TEMBAKAU

Di buat dari daun tembakau, dihiris dan dikeringkan agar tahan lama. Rasanya pahit dan boleh memabukkan jika diambil dalam jumlah yang sangat banyak. Masyarakat dahulu menganggap ia lambang kejelitaan wanita yang berhati waja dan sanggup berkorban, betul ke?

CENGKIH

Berwarna hitam coklat gelap. Sebiji sahaja akan memberi rasa pedas pada lidah tetapi menyegarkan. Membayangkan keutuhan prinsip dan mampu memberi kesan di hati meskipun kecil bentuknya.
Bunga cengkih ni selalu juga di campurkan ke dalam sesetengah jenis masakan untuk menimbulkan haruman aroma yang sedap.

Pengertian seracik gambir dan sekacip pinang yang dibalut bersama sireh bercalit kapur, seurat tembakau dan sekuntum bunga cengkih merupakan simbolik rasa kelat, pedas, manis, dan pahit suatu ikatan perkahwinan itu.
Betapa simbolik, unik dan indahnya budaya melayu, jadi usah biarkan warisan lama kita di telan zaman. Orang kata biar mati anak jangan mati adat. Betul ke?.. uii..kalau aku sayang anak, susah nak dapat buat tu.. heheheh..

Baca lah (www.karangkraf.com/pesonapengantin), banyak maklumat tentang idea-idea tentang perkahwinan ada di sana juga. Tidak kiralah jikalau anda pengantin baru, pengantin lama atau yang baru nak jadi pengantin, elok tengok..

Selamat pengantin baru lah kepada mereka-mereka yang baru mendirikan rumahtangga ye.
Semoga berkekalan sehingga ke anak cucu, jangan slalu gaduh-gaduh ye..
bawak-bawak lah bersabar dan berbincang sama.. heheh

Advertisements
%d bloggers like this: