Info Wali dan Nikah

PERNIKAHAN MENURUT ISLAM

SUSUNAN WALI yang harus kita ketahui iaitu:

bapa,
Datok sebelah bapa ke atas,
saudara seibu sebapa,
anak saudara lelaki sebapa hingga kebawah,
anak saudara lelaki seibu ke bawah,
saudara sebapa,
juga wali hakim yakni sultan ataupun gantinya.

Wajiblah bagi kita mengikut tertibnya yang mana lebih hampir dengan susunan itu.

Adapun Mahar yakni maskahwin adalah wajib bagi suami memberikan kepada isterinya. Maskahwin itu mestilah ada nilai atau berharga, Sama ada tunai atau tertangguh, Seperti berupa barang atau ayat suci Al-Quran mengikut yang termampu akannya.

3 perkara sahnya maskahwin itu apabila telah bercampur suami istri atau ditetapkan oleh suami ke atas dirinya ataupun telah ditetapkan oleh Hakim yakni Sultan ataupun wakilnya.

Adalah disunatkan maskahwin disebutkan semasa akad dilangsungkan,
Juga sunat dibaca maskahwinnya oleh jurunikah sama ada dibaca oleh wali ataupun pengantin lelaki ataupun orang yang lain.Maskahwin akan gugur separuh jika bercerai sebelum suami isteri bercampur.

NIKAH

Nikah bertujuan menghalalkan hubungan kelamin dengan kaedah dan syarat tertentu dalam bentuk yang kekal untuk memelihara kehormatan diri, melaksanakan tuntutan agama dan mewujudkan ikatan kasih sayang suami isteri disamping meramaikan zuriat.

Adalah nikah dari segi bahasa iaitu berhimpun, berkumpul ataupun bercantum.Manakala dari segi syaraknya iaitu suatu aqad yang dilakukan bagi membolehkan seorang lelaki dan perempuan hidup bersama sbg suami istri yang halal.

Terkandung didalam ‘Aqad’ itu ada 2 iaitu ‘Ijab dan Qabul.’Ijab’ adalah dari pihak wali perempuan ataupun org lain yang mewakilinya.Manakala ‘Qabul’ pula adalah dari pihak lelaki yang mewakilinya.

Jika kita rujuk pada surah An-Nisaa ayat yang ke 3 ini, dapatlah kita lihat dalil yang mensyariatkan nikah ini iaitu Maka kahwinilah olehmu perempuan yang(kamu rasa) membawa kebahagiaan bagi kamu,dua, tiga, ataupun empat, tetapi jika kamu takut(memikul tanggungjawab),bahwa kamu taidak akan dapat berlaku adil, cukuplah satu sahaja.

4 Hukum Nikah telah dikemukakan oleh para ulama, walaupun pada asalnya adalah Sunat sahaja kepada kita menurut jumhur ulama termasuk imam Syafie.

Yang Pertama adalah Sunat jika cukup mampu dan berkeinginan. Amatlah dianjurkan jika berkehendak dan tidaklah dimurkai jika tidak dilakukannya , kerana tak berhajat ataupun kerana sudah tua.

Yang Kedua adalah Makruh jika tak punyai keinginan oleh sebab sesuatu, seperti sakit atau lemah kerana terlalu tua.Samaada telah cukup ataupun tidak belanjanya.

Yang Ketiga adalah Wajib bagi yang kuat nafsu. Jika tidak berkahwin akan melakukan zina dan maksiat.

Yang Keempat adalah Haram bagi yang yakin tak akan dapat menunaikan tanggungjawab sebagai suami ataupun berniat untuk menyakiti pasangannya.

RUKUN NIKAH itu terbahagi kepada 5.

Yang Pertama, mestilah ada bakal suami/pengantin lelaki. Dengan syarat bakalnya itu bukanlah daripada kalangan Muhrimnya, Tidak dipaksa untuk berkahwin, bukan sedang beristeri empat dan dia mestilah mengetahui akan halnya akan bakal isteri yang akan dikahwininya. Juga dia bukan dalam berihram.

Yang Kedua juga mestilah ada calon bakal isteri/pengantin perempuan, Juga bukan yang daripada kalangan Muhrimnya, Juga bukanlah ia di dalam nikah orang lain yakni yang belum dicerai dan habis edahnya.

Yang Ketiga, mestilah ada Wali dan Saksi bagi pihak perempuan. Dengan syarat mereka mestilah Islam,merdeka,baligh yakni cukup umur,tidak buta /pekak, adil dan faham akan bahasa yang digunakan semasa ‘Ijab’ dan ‘Qabul’.Serta Wali tidak berada dalam ihram.

Yang Kelima, adanya Akad Ijab dan Qabul. Adapun syarat bagi ijab dan Qabul itu hendaklah tidak diselangi dengan perkataan lain antara keduanya, juga tidak diselangi dengan diam yang panjang, mestilah didengar oleh para saksi lafaznya, Juga bukan lafaz takliq yakni terikad dengan sesuatu.

Advertisements
%d bloggers like this: