Resipi Roti Jala dan Kari Ayam

ROTI JALA DAN KARI AYAM

BAHAN ROTI JALA

150 gram tepung gandum
250 ml air
200 ml santan
1 biji telur
½ sudu the pewarna kuning
Garam secukup rasa

BAHAN KARI AYAM

½ ekor ayam dipotong kecil
125 gram rempah kari
6 biji ubi kentang dipotong dadu
½ kg santan
50 gram daun kari

BAHAN TUMIS

30 gram kulit kayu manis
10 gram bunga lawang
10 gram bunga cengkih
10 gram bawang merah
50 gram bawang putih
50 gram halia
Garam secukup rasa

CARA
1. gaul semua bahan roti jala sehingga rata
2. Panaskan kuali leper dan kirai adunan nipis-nipis
3. Biar garing, angkat dan lipat segera
4. Untuk sediakan kuahnya, panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau wanginya
5. Masuk rempah kari dengan daun kari dan biar hingga pecah minyaknya
6. Masukkan ayam, kentang dan juga santan
7. Perasakan dengan garam secukupnya dan biarkan kuah menjadi pekat

Advertisements
%d bloggers like this: