PENYEMBELIHAN YANG HALAL
MAKSUD SEMBELIHAN
Sembelihan ialah menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memotong urat halkum dan urat merih dengan menggunakan alatan yang tajam selain dari kuku dan tulang kerana Allah s.w.t
RUKUN SEMBELIHAN
-Penyembelih mestilah islam atau ahli kitab yang baligh, tidak dalam ihram haji dan mestilah berakal.
-Binatang yang hendak disembelih adalah halal dan masih hidup.
-Menggunakan alat yang tajam selain kuku,gigi dan tulang.
SYARAT SAH SEMBELIHAN
-Niat sembelihan kerana Allah.
-Putus 2 urat yakni urat halkum(saluran nafas) dan urat merikh(saluran makan dan minum).
-Alatan sembelihan tajam.
-mati dengan sekali sembelih sahaja.
-penyembelih islam atau ahli kitab dan tidak dalam ihram haji atau umrah.
Binatang yang haram dimakan:
-Setiap binatang yang mempunyai taring yang kuat dan menyerang mangsanya dengannya.
-Tiap burung yang punyai kuku yang kuat yang mengoyak tangkapannya.