Pembahagian pusaka

PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Faraid (Pewarisan)
Dari segi bahasa bermakna ketetapan atau kewajipan.
Dari segi istilah bermaksud pembahagian harta pusaka kepada warisnya yang berhak menerima mengikut ketetapan Al-Quran dan sunah nabi.

RUKUN PUSAKA 3 perkara iaitu:

-Orang yang memberi pusaka
-Orang yang menerima pusaka
-Barang yang dipusaka yakni apa yang ditinggalkan oleh si mati.

SYARAT PUSAKA iaitu:

-Mati pemberi pusaka secara hakiki/hukmi atau takdiri.
-Hidup penerima pusaka secara hakiki/hukmi atau takdiri.
-Tiada yang menegah dari mempusakai harta.

Hilang hak mempusakai harta sekiranya:

-Hamba
-Membunuh dengan bertujuan untuk mendapatkan pusaka.
-Berlainan agama.
-Murtad.

WARIS LELAKI yang mendapat harta:

-Anak lelaki
-Cucu lelaki (daripada anak lelaki hingga ke bawah)
-Bapa
-Datuk lelaki
-Saudara lelaki seibu sebapa
-Saudara lelaki sebapa
-Saudara lelaki seibu
-Anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa
-Anak lelaki dari saudara lelaki sebapa
-Bapa saudara seibu sebapa (sebelah bapa)
-Bapa saudara sebapa (sebelah bapa)
-Anak lelaki bapa saudara saibu sebapa (sepupu)
-Anak lelaki bapa saudara sebapa (sepupu)
-Suami
-Tuan yang membebaskan hamba dan asabahnya

WARIS PEREMPUAN yang mendapat harta pusaka:

-Anak perempuan
-Cucu perempuan (daripada anak lelaki)
-Ibu
-Nenek sebelah ibu
-Nenek sebelah bapa
-saudara perempuan seibu sebapa
-Saudara perempuan sebapa
-Saudara perempuan seibu
-Isteri
-Puan yang memerdekakan hamba

CARA PEMBAHAGIAN FARAID

1/2 bahagian

-Suami jika mati tidak meninggalkan anak dan cucu daripada anak lelaki.
-Seorang saudara perempuan seibu sebapa jika simati tidak meninggalkan:
>anak dan cucu daripada anak lelaki.
>bapa dan datuk.
>saudara perempuan yang lain.
>saudara lelaki seibu sebapa.
-Seorang saudara perempuan sebapa jika si mati tidak meninggalkan:
>anak dan cucu daripada anak lelaki.
>bapa dan datuk.
>saudara perempuan yang lain.
>saudara lelaki sebapa.
>saudara lelaki atau saudara perempuan seibu sebapa.
-Seorang anak perempuan jika simati tidak meninggalkan:
>anak perempuan yang lain.
>anak.
-Seorang cucu perempuan daripada anak lelaki jika simati meninggalkan:
>cucu yang lain.
>anak.

1/4 bahagian

-suami jika simati meninggalkan anak dan cucu daripada anak lelaki.
-Isteri jika simati tidak meninggalkan anak dan cucu daripada anak lelaki.

1/8 bahagian

-Isteri jika simati meninggalkan anak dan cucu daripada anak lelaki.

2/3 bahagian

-Dua orang saudara perempuan seibu sebapa atau lebih jika simati tidak meninggalkan:
>anak dan cucu daripada anak lelaki.
>bapa atau datuk.
>saudara lelaki seibu sebapa.
-Dua saudara perempuan seibu sebapa atau lebih jika simati tidak meninggalkan:
>anak dan cucu dari anak lelaki.
>bapa dan datuk.
>saudara lelaki sebapa.
>saudara lelaki atau perempuan seibu sebapa.
-Dua anak perempuan seibu sebapa atau lebih jika simati tidak meninggalkan anak lelaki.
-Dua orang cucu perempuan daripada anak lelaki jiak simati tidak meninggalkan:
>cucu lelaki daripada anak lelaki.
>anak.

1/3 bahagian

-Ibu jika simati tidak meninggalkan:
>anak dan cucu daripada anak lelaki.
>dua orang atau lebih saudara lelaki atau perempuan.
-Dua orang saudara seibu sebapa atau lebih jika simati tidak meninggalkan;
>anak dan cucu daripada anak lelaki.
>bapa dan datuk.
-Seorang saudara perempuan seibu atau lebih.

1/6 bahagian

-Bapa jika simati meninggalkan anak dan cucu dari anak lelaki.
-Ibu jika simati meninggalkan;
>anak dan cucu dari anak lelaki
>setelah tiada bapa.
-Nenek (dari kedua-dua pihak) jika si mati tidak meninggalkan ibu.
-Saudara perempuan sebapa jika simati:
>meninggalkan seorang saudara perempuan seibu sebapa.
>tidak meninggalkan saudara lelaki seibu sebapa.
>tidak meninggalkan saudara sebapa.
>tidak meninggalkan anak dan cucu dari anak lelaki.
>tidak meninggalkan bapa atau datuk.
>tidak meninggalkan saudara perempuan seibu sebapa dua orang keatas.
-Seorang saudara sama ada lelaki atau perempuan jika simati:
>meninggalkan seorang anak.
>tidak meninggalkan anak dan cucu dari anak lelaki.
>tidak meninggalkan bapa dan datuk.
-Seorang cucu perempuan atau lebih dari anak lelaki jika simati:
>meninggalkan seorang anak.
>tidak meninggalkan anak lelaki dan cucu daripada anak lelaki.

%d bloggers like this: