Resipi Sup Cendawan Butang

SUP CENDAWAN BUTANG

BAHAN

200 gram isi ayam dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
1 biji bawang besar dihiris
250 gram mentega
1 tin cendawan butang dipotong tipis
240 gram tepung gandum
1 ½ liter air
500ml susu segar
Garam, lada sulah dan bahan perasa secukupnya

CARA

1. Panaskan mentega dalam periuk dengan api perlahan hingga cair.
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih tumis hingga layu.
3. Masukkan isi ayam dan cendawan kacau hingga ayam masak.
4. Masukkan tepung gandum kacau hingga kuning.
5. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau supaya tidak berketul hingga mendidih.
6. Tutup api dan biar sejuk seketika.
7. Kisar semua bahan dimasak tetapi jangan terlalu halus.
8. Masukkan semua bahan dikisar dalam periuk dan masak dengan api perlahan.
9. Masukkan susu segar, kiub ayam, perasa, lada sulah, garam dan kacau hingga mendidih.
10. Tuang dalam mangkuk dan siap untuk dihidang.

Selamat Mencuba

Advertisements
%d bloggers like this: