Bersuci

TOHARAH: Bersuci

Bersuci
Dari segi bahasa membawa maksud membersihkan.

Dari segi istilah feqah membawa maksud membersihkan diri dari hadas(yang keluar dari dua jalan) dan najis(sesuatu kotoran yang lekat pada badan, pakaian samaada berasal dari dalam atau luar diri manusia) bagi membolehkan mengerjakan ibadat.

Alatan Bersuci:

1.AIR
Air Mutlak.
-Yakni yang bersih, semata-mata air.
-Digunakan untuk mandi wajib, mandi sunat, dan membersihkan najis.

-Jenis-jenis air mutlak:
1.1.Air Hujan
1.2.Air Sungai
1.3.Air Laut
1.4.Air Mata Air
1.5.Air Embun
1.6.Air Perigi
1.7.Air Salji

-Hukum menggunakan air untuk beribadat adalah mesti ‘suci lagi menyucikan’.

-Sukatan bagi menentukan Air 2 Kolah:
a.Jika dikira dengan tin minyak tanah bersamaan 9 2/3 tin.
b.Sukatan timbangan bersamaan seberat 162.72 kg.
c.Sukatan ukuran tempat empat segi bersamaan berukuran 60 X 60 X 60 cm.

Terdapat 5 Bahagian air:

a.Air Mutannajis:
Yakni air yang kurang dari dua kolah, atau air yang lebih dua kolah tetapi
terkena najis sehingga berubah warna, rasa dan baunya.Hukumnya ‘tidak suci dan
tidak mensucikan’.Maka air jenis ini tidak boleh digunakan untuk bersuci.

b.Air Musta’mal:
Yakni air yang telah digunakan, manakala ia kurang dari dua kolah.
Hukumnya ‘suci tetapi tidak mensucikan’.

C.Air Makruh:
Yakni air yang tertegah menggunakannya tetapi sah digunakan.contohnya air yang
terjemur ditengah panas matahari didalam bekas yang boleh berkarat.
Hukumnya ‘suci lagi menyucikan’ tetapi makruh menggunakannya kerana
dikhuatiri akan terkena penyakit sopak.

d.Air Mutaghayyar:
Yakni air yang telah berubah salah satu dari sifatnya.Perubahan terjadi oleh
sebab yang berikut:
-bercampur benda suci seperti: susu, kopi dan teh.Ianya suci tetapi
tidak mensucikan.
-Air perigi atau kolam yang terjatuh daun atau kayu didalamnya dan
berubah warna, bau dan rasanya.Ataupun disebabkan lumpur yang ada
disekelilingnya maka ianya suci lagi menyucikan.
-Air yang berubah sebab bertakung lama.Ianya suci lagi menyucikan.

2. BATU
-Digunakan untuk beristinjak.

3. TANAH ATAU AIR BERCAMPUR TANAH
-Tanah(debu) digunakan untuk bertayammum.
-Digunakan untuk mencuci najis Mughallazah(najis berat).

4. BENDA-BENDA TAJAM PADA ZATNYA(seperti kapur barus).

Advertisements
%d bloggers like this: